Page 3 - Buku Pengurusan MaSTer Sesi 2022/2023
P. 3
BUKU PENGURUSAN SMA MAARIF SESI 2022/2023
Kata-kata Aluan KPPD Besut
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh dan salam sejahtera.
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada
semua sekolah di daerah Besut yang telah menyiapkan Buku Pengurusan
Tahun 2022 bagi sekolah masing-masing. Sesungguhnya Buku Pengurusan
Sekolah ini mencerminkan kesediaan dan komitmen pihak sekolah
dalam mendepani cabaran serta meneruskan tanggungjawab bagi sesi
Persekolahan tahun 2021/2022 dan 2022/2023. Terima kasih kerana
memberi kesempatan untuk saya mencoretkan sepatah dua kata di sini.
Dengan terbukanya tirai sesi 2022/2023, saya percaya setiap
pentadbir sekolah dan guru-guru sentiasa bersemangat untuk meneruskan sesi persekolahan dalam
usaha untuk memastikan anak-anak kita sentiasa terdidik. Oleh itu, saya berharap semua pihak akan
sentiasa bersedia melakukan sebarang perubahan sekiranya diperlukan dalam situasi sekarang.
Sepanjang bergelar Pegawai Pendidikan Daerah Besut, saya telah membawakan slogan
Mutual Mind and Intention ̴ MMI untuk dihayati oleh seluruh warga pendidik di Besut. Ianya
menggambarkan “satu keluarga dengan satu hasrat yang sama” dalam mencanai kecemerlangan.
Kecemerlangan melalui persaingan juga diterapkan kepada semua samada di peringkat pegawai di
Pejabat Pendidikan Daerah, para Pengetua,Guru Besar, semua guru, anggota kumpulan pelaksana
dan seterusnya semua pelajar di daerah ini. Alhamdulilah, tahun 2021 telah menyaksikan banyak
kecemerlangaan yang telah digapaiu di peringkat sekolah sehinggalah ke peringkat antarabangsa.
Tahniah dan semoga kecemerlangan ini akan berterusan di tahun 2022 nanti.
Pada kesempatan ini, saya ingin menyeru kepada semua untuk bersama-sama kita
melangkah ke hadapan dengan penuh yakin, proaktif dan inovatif serta sentiasa bersedia dengan
perubahan yang drastik ke arah peningkatan kecemerlangan dalam semua aspek.
Masyarakat sangat menghargai jika nilai dan akhlak yang sempurna dalam diri anak-anak
mereka dapat diperkasakan bagi mendepani masa depan yang sangat mencabar. Justeru itu, di bahu
kita warga pendidik tergalas tanggungjawab untuk memastikan kemenjadian murid dan sekolah yang
berkualiti seperti mana yang dihasratkan oleh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).
Dengan itu, saya berharap kepada sekolah-sekolah di Besut yang telah mendapat latihan untuk
mentransformasikan sekolah mereka melalui program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) dapat
melaksanakan transformasi sekolah masing-masing mengikut bidang fokus yang telah dipilih. Semoga
sekolah-sekolah TS25 di Besut mampu menjadi benih yang baik untuk dicontohi oleh sekolah-
sekolah lain.
Akhir kata, saya mendoakan agar semua warga pendidik di daerah Besut dapat
menguatkan azam untuk bersama-sama melonjakkan bidang pendidikan di Daerah Besut kepada
satu tahap yang lebih tinggi. Gapailah iltizam Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu “Mendepani
Pendidikan Global – MPG ” dan sehasrat dengan Mutual Mind Intention ̴ MMI.
Sekian, terima kasih.
(HJ ABDULLAH ZAWAWI BIN HJ YAHYA)
Pegawai Pendidikan Daerah Besut
Terengganu.
MAARIF SEKOLAH TERBAIK 3

