Page 4 - Buku Pengurusan MaSTer Sesi 2022/2023
P. 4

BUKU PENGURUSAN SMA MAARIF                      SESI 2022/2023


                             DARI MEJA PENGETUA CEMERLANG MaSTer



                                               هتاكربو الله ةمحرو مكيلع ملاسلا


                                   Terima kasih kerana diberi ruang dalam laman ini untuk menitipkan buah
                                   fikiran dan membuat coretan tentang peranan kita sebagai pendidik dan
                                   pembentuk bangsa dalam era globalisasi. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat
                                   Allah S.W.T. kerana di atas limpah kurnia-NYA, Buku Pengurusan Sekolah
                                   sesi 2022/2023 dapat disiapkan sebagai garis panduan kepada seluruh warga
                                   SMA Maarif untuk melaksanakan tugas seharian yang telah diamanahkan
                                   kepada kita bagi memberi ruang dan peluang melahirkan generasi yang unggul.

                        Usaha untuk menjadikan sekolah ini sebuah sekolah yang cemerlang dalam semua bidang
             dan pembentukan sahsiah pelajar yang terbilang dalam era teknologi maklumat ini tidak akan berjaya
             tanpa pengurusan yang rapi, terancang dan teratur, ‘ibarat yang bulat takkan datang bergolek dan yang
             pipih takkan datang melayang’. Kecemerlangan dan kejayaan dalam menggarapkan impian bersama, ia
             memerlukan sumbangan dan kepakaran mengikut bidang masing-masing. Semangat kebersamaan dan
             bertransformasi dalam era teknologi maklumat kini perlu disemai dalam diri seluruh warga sekolah
             SMA Maarif bagi menjana generasi Rabbani yang terbilang.


                        Tanggungjawab yang diberikan kepada seluruh guru dan kakitangan sokongan merupakan
             amanah yang perlu dilaksanakan sebaik-baiknya bagi melahirkan modal insan yang cemerlang dalam
             akademik, sahsiah dan kokurikulum selain menjadikan sekolah ini cemerlang bertransformasi dalam
             semua bidang. Seandainya seluruh warga sekolah menyedari tanggungjawab suci ini pastinya kita semua
             akan melaksanakan tugas yang telah ditetapkan dengan bersungguh-sungguh tanpa mengira masa, tenaga
             atau kewangan. Pengurusan yang terancang, semangat muafakat, tidak menyalahkan orang lain, sentiasa
             menginsafi kekurangan dan kelemahan diri sendiri dan menyedari bahawa setiap apa yang dilakukan
             adalah ibadat perlu disemaikan dalam setiap warga sekolah bagi memastikan apa yang telah dirancang
             dapat dilaksanakan dengan jayanya.


                        Marilah kita bersama-sama mendidik anak-anak SMA Maarif agar mereka menjadi generasi
             yang bersahsiah tinggi dan cemerlang di dunia dan akhirat. Ingatlah akan kata-kata, ‘kegagalan seorang
             jurutera hanya meruntuhkan sebuah bangunan tetapi kegagalan kita akan merana beberapa generasi’.
             Tidak ada yang lebih berharga dapat diberikan oleh seorang guru kepada anak-anak didiknya selain
             tunjuk ajar dan budi pekerti yang mulia. Semoga usaha murni seluruh warga SMA Maarif akan sentiasa
             diberkati dan diredhai oleh Allah.





             “MAARIF SEKOLAH TERBAIK”
             HJ TERMEZI BIN JUSOH
             Pengetua
             SMA Maarif




                                             MAARIF SEKOLAH TERBAIK                                4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9