Page 23 - Sejarah Tahun 5 SK
P. 23
Konsep
Sejarah Perkembangan Bahasa Kebangsaan
Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan negara kita. Pada peringkat awal
kedatangan British, bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa perantaraan,
pentadbiran, kesusasteraan dan ilmu. Pada masa tersebut, bahasa
Melayu digunakan di jabatan-jabatan kerajaan. Pegawai-pegawai British
yang bertugas di Negeri-negeri Melayu dikehendaki mempelajari dan
lulus dalam peperiksaan bahasa Melayu. Semasa pentadbiran British,
bahasa Inggeris dan bahasa Melayu telah digunakan dalam pentadbiran
dan pendidikan.
Para wartawan, sasterawan, budayawan, guru-guru dan nasionalis
telah berjuang untuk memartabatkan bahasa Melayu. Pelbagai usaha
telah dilakukan untuk mendaulatkan dan mengembangkan bahasa
Melayu. Antaranya ialah peranan tulisan Jawi, penubuhan Pejabat
Karang-Mengarang dan Angkatan Sasterawan 50.
1. Peranan Tulisan Jawi
• Pengenalan tulisan Jawi sebagai tulisan
bahasa Melayu bagi menyebarkan
dakwah Islam.
• Penulisan kitab-kitab dalam bahasa
Melayu menggunakan tulisan Jawi
sebagai alat menyebarkan ilmu.
• Hasil penulisan kreatif seperti novel
Faridah Hanum karya Syed Syeikh
Al-Hadi.
Syed Syeikh Al-Hadi
Namakan tokoh-tokoh yang terlibat dalam memartabatkan kedudukan
bahasa Melayu.
Cadangkan usaha-usaha anda untuk memartabatkan bahasa Melayu.
138 139
unit_11.indd 138 6/29/15 11:07 AM

