Page 25 - Sejarah Tahun 5 SK
P. 25

Pengukuhan

                               Bahasa Kebangsaan di Negara Kita



                 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah meletakkan bahasa
                 Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Dasar ini telah diteruskan apabila
                 Malaysia dibentuk pada tahun 1963. Perkara 152 dalam Perlembagaan
                 Persekutuan Malaysia menjelaskan kedudukan bahasa Melayu sebagai
                 bahasa kebangsaan.





                                       “Perkara 152 - Bahasa Kebangsaan



                1.   Bahasa Kebangsaan adalah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dengan apa-apa
                    tulisan sebagaimana yang diperintahkan dengan undang-undang oleh Parlimen:
                Dengan syarat bahawa-
                (a)  tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (bagi apa-apa
                    maksud, lain daripada maksud rasmi), atau daripada mengajar atau belajar apa-apa
                    bahasa lain;”










                        Penggunaan satu bahasa kebangsaan dapat memupuk semangat
                 patriotisme dan jati diri bangsa. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia kita
                 mesti  yakin  dan  bangga  menggunakan  bahasa  kebangsaan  dalam
                 pertuturan dan penulisan.






                         Pada pandangan anda, mengapakah bahasa lain boleh dipelajari
                         dan dikembangkan?




                           Secara berpasangan, senaraikan urusan rasmi yang
                           menggunakan bahasa kebangsaan. Bincangkan.



                                  • Bimbing murid memahami kedudukan bahasa Melayu dalam
                     NOTA          Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
             140     GURU                                                                        9.4.1                                                                                                                 141
                                  • Bersama-sama murid, bincangkan hasil dapatan mereka tentang   9.4.2
                                   urusan rasmi yang menggunakan bahasa Melayu.                 K9.4.5



         unit_11.indd   140                                                                             6/29/15   11:07 AM
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30