Page 35 - Sejarah Tahun 5 SK
P. 35
Konsep
Raja dan Kerajaan
Institusi raja di negara kita telah wujud sejak Zaman Kerajaan Melayu Awal
dan diwarisi sehingga kini. Sultan atau Raja merupakan ketua kerajaan
yang berkuasa ke atas rakyat dan kerajaannya. Sultan menduduki tempat
tertinggi dalam sistem pemerintahan. Baginda juga merupakan
payung kepada rakyat. Walau bagaimanapun, kuasa Sultan mengalami
beberapa perubahan dari semasa ke semasa. Oleh itu, sebagai rakyat kita
harus mempertahankan warisan ini demi kemakmuran dan kesejahteraan
negara kita.
Sistem Pemerintahan Pada
Zaman Kerajaan Melayu Awal
• Sultan ialah ketua kerajaan.
• Sultan berkuasa mutlak.
• Semua keputusan berkaitan
undang-undang dan pentadbiran
terletak di tangan Sultan.
Sistem Pemerintahan Semasa Pentadbiran British
• Institusi raja dikekalkan dengan Sultan sebagai ketua negeri.
• Sultan hanya merupakan ketua agama Islam dan adat istiadat bagi
negerinya.
• British menjadi penasihat kepada Sultan di setiap negeri dalam
hal-ehwal pentadbiran.
2 2 2 3
unit_01.indd 2 6/25/15 2:59 PM

