Page 48 - Sejarah Tahun 5 SK
P. 48

Konsep

                               Pengaruh Bahasa Lain dalam Bahasa Melayu



                  Pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu telah  berkembang
                  sebagai  lingua  franca.  Kedatangan  Islam  yang  memperkenalkan  tulisan
                  Jawi telah memperkasakan bahasa Melayu dengan perbendaharaan kata
                  bahasa Arab. Kedatangan pengaruh Eropah pula telah memperkaya bahasa
                  Melayu.  Pada  hari  ini,  bahasa  Melayu  mempunyai  kosa  kata  daripada
                  bahasa Sanskrit, Arab, Portugis, Belanda, Inggeris, Cina dan Tamil.




                                    Pengaruh                             Bahasa
                                  Bahasa Asing                        Melayu Moden

                             Sanskrit  :     Rajha                   Raja
                                           Nagara                    Negara
                                            Dewa                     Dewa

                             Arab       :    Halal                   Halal
                                            Akhbar                   Berita, surat khabar

                             Portugis  :    Alamario                 Almari
                                            Sapato                   Sepatu

                             Belanda  :    Laatje                    Laci
                                            Balkon                   Balkoni

                             Inggeris  :    Stamp                    Setem
                                            Taxi                     Teksi
                                            Class                    Kelas
                             Cina       :   Laici                    Laici
                                            Kongsi                   Kongsi
                             Tamil      :    Kappal                  Kapal
                                            Ayyaa                    Ayah



                     Bagaimanakah bahasa asing                   •  Lingua franca bermaksud bahasa
                     membantu memperkasakan dan                    perantaraan dan perhubungan antara
                     memperkaya bahasa Melayu?                     masyarakat yang berlainan bahasa.

 Mengapakah bahasa Melayu terkenal di dunia?

                           Dengan menggunakan pelbagai sumber, cari dan senaraikan
                           kosa kata bahasa Melayu yang asli. Bentangkan dapatan anda.




                    NOTA         • Bantu murid mencari kosa kata bahasa Melayu yang asli.
                    GURU                                                                        6.3.1      27
                                                                                               K6.3.4




         unit_03.indd   27                                                                              6/25/15   3:35 PM
   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53