Page 53 - Sejarah Tahun 5 SK
P. 53
Pengayaan
Taburan Penutur Bahasa Melayu di Dunia
Penutur bahasa Melayu tersebar di seluruh dunia. Penggunaan
bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca telah digunakan
sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Francois Valentijn, seorang penulis Belanda pada tahun
1726 telah merekodkan:
B a h a s a m k e r e , a B a h a s a M a l e y , u b u k a n s a h a j a k r u t u t i d a n
di daerah pinggir laut tetapi juga digunakan di seluruh Kepulauan
Melayu dan di negeri-negeri sebelah Timur, sebagai suatu bahasa
yang difahami di mana sahaja oleh setiap orang, tidak ubah
seperti bahasa Perancis atau Latin di Eropah atau sebagai bahasa
lingua-franca di Itali ... bahasa itu bukan sahaja dimengerti di
Parsi bahkan lebih jauh daripada itu, dan di sebelah timurnya
sehingga ke Kepulauan Filipina. Dan jika sekiranya awak tidak
mengetahui bahasa ini, awak dianggap sebagai seorang yang
tidak terpelajar di Timur...
Sumber: Arkib Negara Malaysia
Persia U
Filipina
Tanah Melayu
Tanah Melayu Brunei
Brunei
Petunjuk:
Singapura
Singapura
Kalimantan
Kalimantan
Sulawesi
Sulawesi
Kawasan tumpuan
penutur bahasa Melayu Jawa
Jawa
Kawasan Tumpuan Penutur Bahasa Melayu
32
unit_03.indd 32 6/25/15 3:35 PM

