Page 55 - Sejarah Tahun 5 SK
P. 55
Pemulihan
Boling Bahasa Melayu
Cara Bermain
1. Permainan ini dimainkan secara berkumpulan.
2. Setiap kumpulan akan diberi sebiji bola.
3. Secara bergilir, ahli kumpulan akan meleretkan bola ke arah kon
yang disediakan.
4. Ahli tersebut akan mengambil soalan daripada guru mengikut warna
kon yang terkena bola.
5. Jika jawapan yang diberikan betul, markah penuh akan diberikan
kepada kumpulan tersebut.
6. Jika jawapannya salah, ahli kumpulan yang lain hendaklah
membantu. Separuh markah akan diberikan jika jawapannya betul.
Jika jawapan yang diberikan masih salah, soalan tersebut boleh
digunakan untuk pusingan seterusnya.
7. Kumpulan yang mendapat markah tertinggi akan menjadi pemenang.
Kad Cabaran
Dari negara manakah perkataan
setem dan teksi berasal?
Xin Chua belajar bahasa Melayu
di Beijing. Mengapakah Xin Chua
mempelajari bahasa Melayu?
Gambar menunjukkan bahasa Melayu
berperanan sebagai ___________.
Berikan contoh peranan bahasa Melayu
sebagai bahasa perundangan. api pertama di Port Weld ini menggunakan
Mengapakah papan tanda stesen kereta
tulisan Jawi, Tamil dan Cina?
• Bantu murid melakukan aktiviti di atas.
NOTA
34
34 GURU • Tambah soalan lain yang bersesuaian.
unit_03.indd 34 6/25/15 3:35 PM

