Page 63 - Sejarah Tahun 5 SK
P. 63

Pengukuhan
                                Kekayaan Hasil Bumi Negara Kita



                 Kekayaan hasil bumi mendorong British menguasai negara kita. Antara
                 hasil bumi yang terdapat di Tanah Melayu ialah bijih timah.

             1   Saya dapat tahu ada banyak              2   Betul. Tetapi keadaan agak susah

                 bijih timah di Tanah Melayu.                sekarang. Pengeluaran bijih timah
                                                             terjejas disebabkan pergaduhan
                                                             yang berlaku.


















                                                                   3   Kalau begitu, saya rasa
                                                                       elok jika kita minta Gabenor
                                                                       campur tangan.


                   Bijih  timah  banyak  terdapat  di  Larut,  Perak.  Bagi  memajukan
                 perlombongan  bijih  timah,  Long  Jaafar,  seorang  pembesar  Perak  telah
                 membawa  masuk  orang  China  untuk  bekerja  di  lombong  tersebut.
                 Apabila     Long      Jaafar    meninggal
                 dunia,  anaknya,  Ngah  Ibrahim  telah
                 menguruskan lombong bijih timah itu.

                 Pada  masa  itu,  berlaku  pergaduhan
                 antara dua kumpulan pekerja lombong,
                 iaitu Ghee Hin dan Hai San. Perang ini
                 telah menyebabkan kerugian kepada
                 para pelabur dari Negeri-negeri Selat.






                  • Lombong bijih timah di Kuala Lumpur diusahakan oleh Raja Jumaat
                     dan Raja Abdullah. Yap Ah Loy, seorang kapitan Cina juga terlibat
                     dalam perlombongan bijih timah ini. Beliau turut membantu
                     membangunkan Kuala Lumpur. Beliau juga sangat terkenal dalam
                     kalangan masyarakat Cina, British dan Melayu.
             42
             42
                                                                                          Yap Ah Loy



         unit_04.indd   42                                                                              6/25/15   3:56 PM
   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68