Page 64 - Sejarah Tahun 5 SK
P. 64

Selain itu, terdapat masalah perebutan takhta antara Raja Ismail dan
                  Raja  Abdullah  untuk  menjadi  Sultan  Perak.  Keadaan  ini  menjadi  rumit
                  apabila  pembesar-pembesar  telah  memberikan  sokongan  terhadap
                  pihak-pihak  yang  terlibat.  Dalam  perebutan  ini,  Ngah  Ibrahim  telah
                  memihak kepada Sultan Ismail. Perebutan ini menyebabkan keamanan
                  Perak tergugat. Raja Abdullah telah meminta bantuan daripada British dan
                  bersetuju  untuk  menandatangani  Perjanjian  Pangkor  pada  tahun  1874.
                  Baginda telah ditabalkan sebagai Sultan Perak.





























                                               Diorama Perjanjian Pangkor


                      Bagi  mengelakkan  kuasa  luar  mengambil  hasil  bumi  dan  menjajah
                  negara kita, kita hendaklah bersatu padu. Kita juga mesti berusaha untuk
                  memanfaatkan hasil bumi negara kita.



                          Apakah hasil bumi  yang telah dikuasai oleh pihak British?

                          Mengapakah pihak British hendak menguasai hasil bumi negara kita?






                             Cari maklumat tentang kegunaan bijih timah. Bentangkan
                             dapatan anda.


                     NOTA         • Bimbing murid mengenal pasti hasil bumi yang terdapat di negara kita.  7.1.3
                                                                                                           43
                     GURU                                                                       7.1.4      43
                                                                                                K7.1.6
                                                                                                K7.1.7


         unit_04.indd   43                                                                              6/25/15   3:56 PM
   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69