Page 86 - Sejarah Tahun 5 SK
P. 86
Raja Mahadi
• Raja Mahadi menentang campur tangan British dalam pentadbiran Klang dan
perusahaan bijih timah.
• Raja Mahadi juga tidak berpuas hati dengan pelantikan Tengku Kudin sebagai
Yam Tuan Selangor oleh British.
• Tengku Kudin dan Raja Abdullah telah bekerjasama untuk menentang
Raja Mahadi.
• Raja Mahadi telah mengambil tindakan untuk menyerang Yap Ah Loy
di Kuala Lumpur kerana telah bekerjasama dengan Tengku Kudin.
• Raja Mahadi telah dapat dikalahkan dan dihantar ke Johor. Beliau meninggal
dunia di sana.
Kota Raja Mahadi di Klang telah
dibina oleh Raja Mahadi sebagai
kota pertahanan menentang British.
Pemimpin-pemimpin tempatan telah berkorban demi bangsa dan
negara. Semangat perjuangan dan keberanian mereka sewajarnya
dihargai dan dicontohi.
Pada pendapat anda, mengapakah perjuangan tokoh-tokoh tempatan
ini patut dihargai?
Cari tokoh lain yang telah banyak menyumbangkan jasa kepada
masyarakat dan negara.
• Bantu murid memahami sebab penentangan terhadap British. 7.2.1
NOTA • Bantu murid memahami peristiwa penentangan terhadap British. 7.2.2
7.2.3
GURU • Minta murid mencari nama tokoh yang diabadikan pada bangunan dan K 7.2.4 65
jalan raya. K 7.2.5
K7.2.6
unit_05.indd 65 6/25/15 4:10 PM

