Page 87 - Sejarah Tahun 5 SK
P. 87

Pengayaan

                               Tokoh Kedamaian

                 Penjajahan dan campur tangan British telah menyebabkan kemunculan ramai
                 pejuang tempatan. Perjuangan tokoh-tokoh ini tidak menggunakan senjata
                 dan kekerasan.

                                    Pak Sako
                                    Pak  Sako  atau  nama  sebenarnya  Ishak  Haji  Muhammad
                                    merupakan seorang penulis. Sebelum menjadi penulis, Pak Sako
                                    pernah bekerja sebagai Majistret Kelas III. Dia telah meletakkan
                                    jawatan kerana tidak suka bekerjasama dengan British.
                                       Pak  Sako  telah  menulis  pelbagai  novel,  esei  dan  memoir.
                                    Menggunakan  akhbar  Utusan  Melayu,  Pak  Sako  menyebarkan
                                    semangat nasionalisme dalam kalangan orang Melayu. Pak Sako
                                    juga telah menulis novel yang menunjukkan kebencian terhadap
                                    British.
                                       Antara novel Pak Sako yang terkenal ialah Putera Gunung Tahan
                                    dan Anak Mat Lela Gila. Melalui novel Putera Gunung
                                    Tahan, beliau mengkritik orang Barat yang cuba mengaut
                                    hasil bumi Tanah Melayu. Pak Sako meninggal
                                    dunia pada 7 November 1991 di Kampung Melaka,
                                    Hulu Langat, Selangor.

                 Tun Tan Cheng Lock
                 Tun Tan Cheng Lock merupakan seorang pemimpin yang berjuang untuk kepentingan
                 masyarakat  Cina  di  Malaysia.  Beliau  bersama-sama  pemimpin  Cina  lain  telah
                 mengasaskan penubuhan Malaysia Chinese Association (MCA). Melalui MCA, Tun Tan
                 Cheng Lock telah berjaya menyatukan orang Cina di seluruh
                 Tanah Melayu dan melindungi hak serta kepentingan mereka.
                   Beliau  telah  memastikan  MCA  mewujudkan  kerjasama
                 antara kaum dalam mencapai kemerdekaan Tanah Melayu.
                 Tun Tan Cheng Lock telah membawa MCA dalam Konvensyen
                 Kebangsaan yang dianjurkan bersama UMNO pada 23 Ogos
                 1953. Usaha gigih Tun Tan Cheng Lock  ini telah membawa
                 kepada penubuhan Parti Perikatan yang disertai oleh UMNO
                 dan MCA.
                   Di  bawah  kepimpinan  Tun  Tan  Cheng  Lock,  MCA  telah
                 membantu  dan  mendapatkan  hak  kerakyatan  untuk
                 masyarakat Cina. Selain memperjuangkan kepentingan
                 masyarakat Cina, beliau juga pernah meminta agar bantuan
                 ekonomi disalurkan kepada mereka yang memerlukan
                 khususnya nelayan Melayu.




                    • Utusan Melayu merupakan                  Bagaimanakah hasil penulisan dapat
                      akhbar pertama yang                      menaikkan semangat patriotisme?
                      diterbitkan oleh orang Melayu            Bincangkan.
             66       pada tahun 1939.





         unit_05.indd   66                                                                              6/25/15   4:10 PM
   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92