Page 64 - MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SKP5
P. 64
BAB 4 – PENGURUSAN PENTADBIRAN
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa
BIDANG TUGAS JAWATANKUASA INDUK PEMULIHAN KHAS
Senarai Tugas Guru Pemulihan Khas
1. Merancang dan melaksanakan program pemulihan khas mengikut prosidur yang telah ditetapkan.
2. Membantu guru-guru mata pelajaran dalam hal mengenalpasti murid-murid yang memerlukan pengajaran pemulihan.
3. Berjumpa dan berbincang dengan guru mata pelajaran, guru bimbingan, ibubapa, doktor, pegawai kebajikan dan pihak-
pihak lain untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tingkah laku, tabiat, kesihatan dan lain-lain keterangan mengenai
latar belakang murid.
4. Bertindak sebagai setiausaha Jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum
Sekolah dan mengadakan latihan perkembangan staf di peringkat sekolah atau daerah.
5. Tugas-tugas yang berkaitan dengan kebajikan murid- murid.
Peranan GPK
Salah satu subbidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Pendidikan ialah Literasi dan Numerasi. Matlamatnyab iaitu
untuk memastikan semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan
numerasi.
Bagi memastikan sub-NKRA ini mencapai matlamatnya, murid yang mengalami masalah membaca, menulis dan mengira
tegar, iaitu yang tidak menguasai Konstruk 1 dan Konstruk 2, akan dibimbing oleh Guru Pemulihan Khas. Murid yang
menguasai konstruk 3-7 dalam BM dan 3-9 dalam Matematik, akan dipulihkan oleh guru-guru BM dan Matematik.
Guru Pemulihan Khas hendaklah mengajar tidak melebihi 15 orang murid pada setiap sesi pembelajaran selepas Saringan
2 dilaksanakan. Walau bagaimanapun, Guru Besar hendaklah memastikan jumlah masa mengajar yang ditetapkan bagi
Guru Pemulihan Khas adalah tidak kurang dari 900 minit dan tidak melebihi 1020 minit seminggu (termasuk waktu
persediaan).
Surat Siaran, Bil. KP(BPK) 400-32/6Jld.3(61), bertarikh 22 April 2010.
Punca dan Bidang Kuasa
• Surat siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil. KP(BS)8594/Jld.11/(32)bertarikh 22Jan. 1985. (Guru Khas Pendidikan
Pemulihan)
• Surat siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil.KP(BS)8502/5/PK/Jld.V(26) bertarikh 28Jan.1986.(Kelas Khas Pemulihan
Di Sekolah Rendah)
• Surat siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil.KP(BS)8502/PK/Jld. V(29) bertarikh 17Mac.1986 (Pengawasan dan
Penyeliaan Program Pemulihan)
Senarai Semak Tugas-Tugas GPK
1) Instrumen / Ujian yang dijalankan
1. Mengumpul maklumat murid Pemulihan Khas (Borang Pencalonan Murid)
2. Menjalankan Ujian-ujian Diagnostik BM (Lisan, Bertulis, Praktik)
3. Menjalankan Ujian-ujian Diagnostik MT
4. Menjalankan Ujian Pelepasan IPP2M
5. Merekod dan menganalisis Ujian-ujian yang dijalankan kepada murid
6. Menjalankan tindakan susulan ke atas murid (berjumpa/berbincang dengan ibu bapa)
7. Mengusulkan murid menjalani pemeriksaan doktor
8. Mengumpulkan rekod ujian/peperiksaan murid dalam arus perdana
9. Mengadakan perbincangan dengan pihak pentadbir/mesyuarat dari semasa ke semasa tentang masalah murid
10. Melapor pencapaian murid kepada pihak pentadbir/ mesyuarat dari semasa ke semasa
2) Pengurusan Fail dalam Pemulihan Khas
1. Menyedia/ melengkapkan Fail Induk dan diletakkan di pejabat pentadbiran sekolah 06/04/013
2. Fail Guru – 06/04/013/01(Melengkapkan segala maklumat guru/sijil kursus)
3. Fail Maklumat Program– 06/04/013/02 (Melengkapkan carta organisasi/ AJK/ Pekeliling/Takwim/Borang/ Jadual waktu
kelas)
4. Fail Surat Menyurat – 06/04/013/03 (Surat-surat dari sekolah/PPD/JPNS/KPM)
5. Fail Minit Mesyuarat – 06/04/013/04 (Surat panggilan/agenda mesyuarat/minit mesyuarat)
6. Fail Murid – 06/04/013/05(Senarai nama murid/borang pencalonan)
7. Fail Diagnostik BM&MT – 06/04/013/06 (Ujian Diagnostik BM-Lisan/Praktik/Bertulis, Ujian Diagnostik MT
8. Fail Pelepasan BM&MT – 06/04/013/07 (Ujian IPP2M/Ujian Pelepasan MT dan lain-lain)
9. Fail Analisa Ujian – 06/04/013/08 (Borang Rekod Ujian Diagnostik BM/MT/ Ujian & Peperiksaan dalam arus perdana)
10. Fail Lembaran Kerja – 06/04/013/09 (Lembaran kerja BM & MT)
11. Fail Kertas kerja – 06/04/013/10 (Kertas kerja/ pamplets/ laporan program)
12. Fail Individu murid
3) Pengurusan Program
1. Menyedia/ melengkapkan Fail
2. Menjadi AJK program pemulihan di sekolah
3. Memahami keperluan/masalah murid dalam menguasai Konstruk 1 & Konstruk 2
4. Merancang aktiviti P&P yang sesuai bagi Konstruk 1 & Konstruk 2
5. Mengadakan pertemuan/perbincangan dengan ibu bapa/ penjaga murid
6. Tindakan susulan kepada murid untuk menjalani pemeriksaan doktor
7. Menyediakan BBM yang sesuai dengan keperluan murid
8. Membuat pemerhatian ke atas murid samaada di dalam/ di luar kelas.
9. Latihan bertulis disediakan sesuai dengan kebolehan murid.
S-SMART K-KREATIF P-PROAKTIF C-CELIK IT 64
Hak Cipta Terpelihara - Cuji

