Page 14 - dondang sayang
P. 14
BAJU KURUNG TELUK BELANGA
Pemakaian pakaian tradisi dalam persembahan Dondang Sayang
bukan sahaja disifatkan sebagai pakaian yang sopan dan lengkap
bahkan sedap mata memandang, memandangkan pakaian tradisi ini
adalah bersesuaian untuk semua tempat, majlis serta sekaligus
memberikan gambaran yang tepat tentang ciri-ciri peribadi orang
Melayu itu sendiri yang lemah lembut, berpekerti tinggi serta kaya
dengan nilai-nilai ketimuran.
Pakaian yang dipakai oleh perempuan dalam konteks seni Dondang
Sayang adalah:
1. Baju kurung leher Teluk Belanga.
2. Baju kebaya.
3. Kain sarung (kain batik sarung/kain batik lepas.
4. Selendang.
5. Kasut seret.

