Page 19 - dondang sayang
P. 19
KESIMPULAN
Kesimpulanya, Dondang Sayang merupakan salah satu tradisi melayu yang perlu
dititikberatkan kepada generasi anak muda pada zaman kini dan zaman yang akan
datang agar tradisi Dondang Sayang ini tidak akan pupus mahupun luput pada
masa akan datang. Selain itu, lagu Dondang Sayang juga membawa pantun yang
sangat indah didengari oleh setiap lapisan masyarakat tidak kira di mana-mana
sahaja serta tidak kira pangkat umur, mahupun bangsa. Lagu Dondang Sayang juga
mempunyai pelbagai jenis dan irama yang dapat difahami mahupun didengari oleh
masyarakat terdahulu dan sekarang. Dondang Sayang bukanlah suatu tradisi yang
serius tetapi hanyalah untuk menghiburkan hati. Akhir sekali, semoga budaya
warisan ini dapat diteruskan dan tidak luput pada masa akan datang. Kita haruslah
menyeru anak-anak muda untuk terus menjaga semua budaya yang telah dijaga
baik oleh nenek moyang kita pada kian dahulu, janganlah kita musnahkan budaya
yang sangat indah ini.

