Page 4 - dondang sayang
P. 4
PENGENALAN
• 1950-an - tradisi dondang sayang semakin diminati apabila disiarkan menerusi
radio sejak tertubuhnya Jabatan Penyiaran yang dikenali sebagai Radio Malaya.
• Dondang sayang adalah bentuk seni muzik dan puitis yang melibatkan nyanyian
pantun atau ayat empat baris.
• Dua penyanyi akan berusaha untuk saling berbahas nyanyian dengan cara yang
meluah dan menggoda pada topik seperti cinta atau perbuatan baik
• Alat instrumen : kumpulan pemuzik kecil yang bermain biola, dua gendang rebana
Melayu, gong, gitar, rebana, dan seruling.
• Lagu dondang sayanglah yang diperdengarkan dahulu, seolah-olah lagu pembuka
majlis bagi sambutan orang Riau.
• Setiap pantun soal harus dijawab oleh pemantun seorang lagi.
• Pantun dalam dondang sayang mempunyai lebih kurang 99 tajuk yang harus diingat
dan dihafal.
• Istilah ‘Dondang Sayang’ terkait dengan tiga perkataan iaitu ‘seni’, ‘persembahan’
dan ‘budaya’

