Page 7 - dondang sayang
P. 7
PERSEMBAHAN DONDANG SAYANG
- Persembahan dondang sayang dimulakan dengan alunan indah gesekan biola,
diikuti dengan tingkahan rebana dan juga gong. Di waktu yang sama, pantun
dondang sayang akan dinyanyikan
- Kualiti nyanyian bagi seni persembahan Dondang Sayang bergantung kepada
kecekapan penyanyinya dalam membalas dan membeli pantun. Kebiasaannya, ketua
kumpulan ahli muzik akan memainkan biola bertujuan untuk menghasilkan melodi
dalam persembahan.
- Persembahan Dondang Sayang ini bersifat bebas dan boleh dinyanyikan oleh
sesiapa sahaja. Kebiasaannya, persembahan ini akan dinyanyikan oleh lelaki dan
perempuan.
- Dalam lagu Dondang Sayang, penyanyi-penyanyi saling bertukar pantun tanpa
persediaan dalam gaya yang ceria dan kadang-kadang lucu. Jumlah pemantun tidak
terhad tetapi berpasang-pasangan. Mereka mendendangkan pantun empat kerat
secara berlagu dengan berbalas-balas pantun sesama mereka.

