Page 29 - BUKU FAKULTI SAINS SOSIAL SESI I 2021 JMK
P. 29
FAKULTI SAINS SOSIAL (FSS)
SESI I 2021/2022
IJAZAH SARJANA MUDA KAUNSELING (KEPUJIAN)
1. Nama : Ijazah Sarjana Muda Kaunseling (Kepujian)
2. Peringkat : Ijazah
3. Nilai Kredit : 120 jam
4. Jenis Penganugerahan : Satu Pengkhususan (Single Major)
5. Bidang Pengajian : Kaunseling
6. Bahasa Pengantar : Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
7. Status Pengajian : Sepenuh Masa
8. Kaedah Penyampaian : Kuliah, tutorial, blended learning, e-learning
9. Kaedah Pengendalian : Konvensional
10. Tempoh Pengajian : Minimum - 3 tahun (8 semester)
Maksimum - 5 tahun (10 semester)
11. Hasil Pembelajaran Program (HPP) :
i. Graduan dapat menghuraikan ilmu, kemahiran, teori dan teknik
kaunseling berteraskan Islam dan konvensional.
ii. Graduan berupaya menganalisis kemahiran dan teknik kaunseling
terhadap isu semasa.
iii. Graduan berupaya mempamerkan kemahiran dan teknik kaunseling
dalam sesi kaunseling di seting pekerjaan yang pelbagai.
iv. Graduan mampu menunjukkan keprihatinan terhadap masyarakat
melalui kemahiran dan ilmu kaunseling yang dipelajari.
v. Graduan berupaya memberi respon berdasarkan ilmu, teori dan
kemahiran kaunseling terhadap isu-isu semasa.
vi. Graduan dapat berkongsi dan memperoleh ilmu kaunseling secara
berterusan sepanjang hayat dengan mencapai dan menguruskan
maklumat dari pelbagai media.
vii. Graduan mampu mengaplikasikan teori, kemahiran dan teknik
kaunseling secara saintifik ke arah memperkasakan individu dalam
menyelesaikan masalah yang dihadapi.
viii. Graduan mampu menunjukkan kemahiran kepimpinan efektif dan
mempunyai kemahiran berpasukan yang tinggi dalam mengendalikan
perkhidmatan kaunseling dan masyarakat.
26

