Page 34 - BUKU FAKULTI SAINS SOSIAL SESI I 2021 JMK
P. 34
FAKULTI SAINS SOSIAL (FSS)
SESI I 2021/2022
DIPLOMA KAUNSELING
1. Nama : Diploma Kaunseling
2. Peringkat : Diploma
3. Nilai Kredit : 92 jam
4. Jenis Penganugerahan : Satu Pengkhususan (Single Major)
5. Bidang Pengajian : Psikologi Kaunseling
6. Bahasa Pengantar : Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
7. Status Pengajian : Sepenuh Masa
8. Kaedah Penyampaian : Kuliah/Tutoral
9. Kaedah Pengendalian : Konvensional
10. Tempoh Pengajian : Minimum - 3 tahun (6 semester)
Maksimum - 4 tahun (8 semester)
11. Hasil Pembelajaran :
i. Pelajar- pelajar dapat mengenalpasti ilmu kaunseling, kemahiran, teori
dan teknik kaunseling.
ii. Para pelajar dapat mengaplikasi ilmu dan kemahiran kaunseling secara
interpersonal.
iii. Pelajar berupaya menggunakan kemahiran dan ilmu kaunseling dalam
menjalankan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.
iv. Membentuk pelajar yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas
berkaitan bidang kaunseling secara beretika dan profesional.
v. Pelajar mempunyai kemahiran berkomunikasi yang berkesan dan
mempunyai daya kepimpinan serta kemahiran berpasukan yang tinggi.
vi. Pelajar berkemahiran membantu individu dan masyarakat dalam
mengendalikan serta menyelesaikan masalah yang dihadapi.
vii. Pelajar dapat menggunakan ilmu-ilmu kaunseling dalam menjalankan
tanggungjawab dan berkemahiran dalam pengurusan maklumat serta
mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.
viii. Dapat menghasilkan graduan yang berkualiti tinggi dan dapat
melaksanakan tugas sebagai pembantu kaunselor, pembantu konsultan,
pembimbing atau perunding dalam pengurusan perkhidmatan kaunseling
dan dapat menceburi bidang keusahawanan dengan menawarkan
perkhidmatan kaunseling.
31

