Page 48 - MQA DOKUMEN
P. 48
Ijazah Sarjana Doktor Falsafah sejarah (KUIM)
MQA-02 (Mohon Akreditasi Penuh) JULAI 2017
a. E-jurnal. Penggunaan e-jurnal adalah salah satu sumber bahan rujukan yang
sangat penting. Pihak perpustakaan akan memastikan e-jurnal yang dilanggan
dapat memenuhi keperluan setiap program yang ditawarkan oleh pihak kolej.
Selain itu, melalui e-jurnal ia dapat memudahkan semua staf akademik dan
calon untuk membuat rujukan dan penyelidikan mereka.
b. Pinjaman antara perpustakaan lain juga adalah salah satu saluran atau sumber
yang boleh digunakan untuk membantu semua staf akademik dan calon untuk
mencari bahan atau buku yang tidak terdapat di dalam koleksi perpustakaan
kolej.
c. Internet
Pihak perpustakaan menyediakan perkhidmatan Internet kepada semua staf
dan calon.Selain itu, terdapat juga kemudahan Wi-Fi di sekitar bangunan
perpustakaan bagi memudahkan pengguna melayari Internet. Dengan adanya
kemudahan ini, ia dapat memudahkan mereka mencari maklumat yang
berkaitan.
d. Bahan rujukan.
Pada masa sekarang, jumlah koleksi bahan bacaan di perpustakaan adalah
sebanyak lebih daripada 14,000 buah buku.Pihak perpustakaan akan
memastikan bahan – bahan bacaan akan ditambah setiap tahun bagi
memastikan bahan rujukan adalah mencukupi untuk setiap program yang
ditawarkan
72

