Page 43 - MQA DOKUMEN
P. 43
Ijazah Sarjana Doktor Falsafah sejarah (KUIM)
MQA-02 (Mohon Akreditasi Penuh) JULAI 2017
Sebagai contoh pelantikan bagi Gred DS 54 (Profesor Madya)
Kenaikan Pangkat Jawatan Pensyarah Kanan Gred DS51/52 Ke Jawatan
Profesor Madya Gred DS 54
Pensyarah Gred DS51/52 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke
gred DS54 dengan gelaran Profesor Madya dengan syarat-syarat berikut:
i. Telah disahkan dalam perkhidmatan Pensyarah Universiti
ii. Telah berkhidmat di KUIM sebagai Pensyarah Kanan (DS51/DS52) selama
tidak kurang dari tiga (3) tahun;
iii. Mencapai tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa mutunya;
iv. Memperoleh markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LPPT) yang baik
pada kadar purata markah 80 dan ke atas bagi ketiga-tiga tahun terkini. Bagi
calon yang sedang cuti belajar, markah Laporan Kemajuan Cuti Belajar akan
disetarakan dengan markah LPPT oleh Dekan Fakulti;
v. Diperakukan oleh Dekan Fakulti ; dan
vi. Syarat-syarat lain yang munasabah yang ditetapkan oleh Jawatankuasa
Kenaikan Pangkat KUIM
Keperluan Masa Depan Staf Akademik
5.1.11 Nisbah staf dan pelajar untuk program ini 1 : 5. Pihak KUIM akan memastikan jumlah
staf akademik mencukupi untuk menjalankan program ini dan bersesuaian dengan
bidang pengajian yang ditawarkan.
5.1.12 Pengambilan staf akademik mengikut keperluan semasa dan bergantung kepada
jumlah kemasukan calon dalam program ini.
5.2 Perkhidmatan dan pembangunan
5.2.1 Pembangunan
a) Latihan/kursus
Bagi memantapkan lagi organisasi maka pihak Kolej telah menghantar
stafnya untuk menyertai latihan/kursus yang dikendalilan oleh Institut
Pengurusan Melaka (IMM), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri , kursus
yang dikendalikan sendiri oleh pihak Kolej dan mana-mana latihan/kursus
luar yang bersesuaian untuk meningkatkan lagi profesionalisme tenaga
67

