Page 193 - MODUL PEMBELAJARAN MPV PRODUKSI MULTIMEDIA T4
P. 193

NOTA RUJUKAN

APA ITU PERMODELAN TIGA DIMENSI (3D)?
3.4.1 KONSEP GRAFIK TIGA DIMENSI (3D)
Grafik tiga dimensi (3D) adalah grafik yang menggunakan perwakilan tiga
dimensi dan disimpan di dalam komputer.

         Tiga dimensi bermaksud sesuatu objek itu boleh dilihat seperti
keadaannya yang sebenar iaitu mempunyai:

     1. Kelebaran (width)
     2. Ketinggian (height)
     3. Kedalaman (depth)

         Semua fitur ini digambarkan dalam komputer melalui koordinat satah X,
Y dan Z. Misalnya kelebaran (width) objek dirujuk kepada satah X, ketinggian
(height) dirujuk kepada satah Y dan Z mewakili kedalaman objek (depth).

                                 Rajah 3.25 : Koordinat satah X, Y dan Z
         Pemodelan, paparan dan manipulasi objek dalam komputer adalah
dalam bentuk tiga dimensi.

                                                                                                              182
   188   189   190   191   192   193   194   195   196   197   198