Page 196 - MODUL PEMBELAJARAN MPV PRODUKSI MULTIMEDIA T4
P. 196

NOTA RUJUKAN

PERKAKASAN PENGHASILAN MODEL 3D

Untuk membina model 3D, perkakasan komputer yang berkeupayaan tinggi
diperlukan kerana biasanya untuk menghasilkan objek 3D yang kelihatan
realistik, komputer terpaksa memproses sejumlah data yang agak kompleks.
Sistem komputer yang digunakan untuk menghasilkan kerja-kerja pemodelan
3D mestilah dilengkapi dengan ingatan (RAM) dan kad grafik (Graphics Card)
yang sesuai.

         Misalnya untuk menggunakan perisian Blender 2.8, keperluan minimum
perkakasan yang diperlukan ialah sekitar 4 GB RAM. Ini adalah bagi
menghasilkan model-model yang ringkas dan animasi yang kurang kompleks.

         Pembinaan model-model yang lebih kompleks memerlukan sebuah
komputer yang lebih pantas sekurang-kurangnya 32 GB RAM dan 64-bit Eight
Core CPU.

PERISIAN PEMODELAN 3D

Terdapat pelbagai jenis perisian sumber tertutup dan perisian sumber terbuka
dalam pasaran yang digunakan untuk mereka bentuk model 3D. Perisian
sumber terbuka adalah perisan komputer yang boleh diperoleh secara
percuma dan digunakan secara bebas. Perisian sumber tertutup pula adalah
perisian yang berbayar dan berlesen.

         Contoh perisian sumber terbuka yang popular digunakan untuk
pemodelan 3D adalah seperti Blender, Sculptris, SketchUp dan Wings 3D bagi
komputer berasaskan Windows dan Meshmixer bagi komputer berasaskan
Macintosh.

         Contoh perisian sumber tertutup yang popular ialah Autodesk 3ds Max,
Fusion 360, Civil 3D, Autodesk Maya, Cinema 4D dan AutoCAD bagi komputer
yang berasaskan Windows. Manakala, bagi komputer yang berasaskan
Macintosh perisian sumber tertutup yang popular ialah Modo, LightWave 3D
dan Cheetah3D. Perkembangan terkini teknologi digital juga membolehkan
beberapa perisian pemodelan 3D digunakan di dalam kedua-dua platform
PC dan Mac.

                                                                                                              185
   191   192   193   194   195   196   197   198   199   200   201