Page 22 - MODUL PEMBELAJARAN MPV PRODUKSI MULTIMEDIA T4
P. 22

NOTA RUJUKAN

1.1.3 SKOP KERJA AHLI PASUKAN PRODUKSI MULTIMEDIA

         Produk multimedia yang berkualiti merupakan hasil usaha daripada kerja
berpasukan. Produk yang bermutu tinggi seperti permainan komputer, kiosk
informasi interaktif, latihan korporat, halaman sesawang interaktif dan aplikasi
pendidikan selalunya dibangunkan oleh sepasukan pakar yang mempunyai
pengalaman dalam bidang pengurusan projek dan kemahiran teknikal
mengenai pembangunan aplikasi multimedia. Pasukan ini terdiri daripada:

    Jadual 1.1 : Pasukan Produksi Multimedia

BIL PASUKAN PRODUKSI MULTIMEDIA  SKOP KERJA

1.  Pengurus Produksi            -Memastikan skop dan jangka masa

                                 projek dipatuhi

                                 -Berbincang dengan pelanggan/klien
                                 tentang keperluan produk

                                 -Mencari sumber kewangan,
                                 kemudahan dan peralatan

                                 -Menguruskan ahli kumpulan produksi

2.  Pakar Kandungan              -Melakukan penyelidikan tentang

                                 kandungan program/produk/aplikasi.

                                 -Mengadakan isi kandungan
                                 multimedia seperti maklumat
                                 berkaitan dengan projek, data, grafik
                                 dan fakta yang ingin dipersembahkan
                                 dalam persembahan multimedia.

                                                            12
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27