Page 234 - MODUL PEMBELAJARAN MPV PRODUKSI MULTIMEDIA T4
P. 234

NOTA RUJUKAN

3.4.6 PENGGUNAAN CAHAYA DALAM PERSEKITARAN 3D
Cahaya diperlukan untuk melihat sesuatu objek. Jenis-jenis cahaya dalam
perisian 3D berbeza-beza bergantung kepada jenis perisian, namun
konsepnya adalah serupa iaitu untuk menghasilkan satu kesan realistik dan
menyerupai situasi yang sebenar.

                Rajah 3.44: Jenis cahaya yang terdapat pada perisian Blender
Terdapat 4 jenis cahaya dalam perisian Blender iaitu:
1. Point Light

                                        Rajah 3.45: Point light
Pada cahaya jenis Point light terdapat satu titik yang memancarkan cahaya
yang sama dalam semua arah. Arah cahaya yang terkena pada permukaan
objek ditentukan oleh garisan yang menyatukan cahaya dan titik pada
permukaan objek itu. Contoh seperti cahaya pada lampu mentol.

                                                                                                              223
   229   230   231   232   233   234   235   236   237   238   239