Page 238 - MODUL PEMBELAJARAN MPV PRODUKSI MULTIMEDIA T4
P. 238

3.4.7 SUDUT PANDANGAN KAMERA BAGI OBJEK 3D

Konsep Sudut Pandangan

         Sudut pandangan 3D terhadap sesuatu objek boleh dilihat dari dua
sudut pandangan iaitu sudut pandangan kamera dan sudut pandangan
perspektif.

1. Sudut Pandangan Kamera

Sudut pandangan kamera adalah sudut pandangan orang yang
memandang melalui sesebuah kemera maya. Melalui sudut pandangan ini,
orang yang memandang boleh mengubah setting yang menyamai seperti
kamera biasa.

         Dengan membuat pergerakan pada kamera akan menghasilkan
satu bentuk animasi yang kompleks dan menarik. Sepeti kamera biasa,
kamera maya dalam konsep 3D juga boleh melakukan teknik-teknik zoom,
pan dan dolly.

         Sudut pandangan kamera boleh digunakan untuk mengatur shots
dan preview bagaimana scene akan kelihatan apabila rendering
dilaksanakan. Imej yang telah melalui proses rendering akan merangkumi
semua objek yang berada dalam garisan putus-putus seperti rajah di
bawah.

Rajah 3.47: Sudut pandangan kamera dalam Blender 2.8

                                                                           227
   233   234   235   236   237   238   239   240   241   242   243