Page 352 - MODUL PEMBELAJARAN MPV PRODUKSI MULTIMEDIA T4
P. 352

5.3.5 MENYISIP TRANSISI JUJUKAN ANTARA KLIP VIDEO
Transisi jujukan merupakan efek yang ditetapkan semasa perubahan paparan
satu klip video ke satu klip video yang lain untuk menghasilkan paparan video
yang lebih menarik. Penetapan efek transisi jujukan pada klip video boleh
dilakukan dengan 2 cara:
a) Menindan satu klip video ke atas sebahagian klip video lain

       (Menindan klip video 1 ke atas sebahagian klip video 2).
Anda perlu menyeret atau melebarkan transisi jujukan tersebut sesuai dengan
yang anda inginkan lalu jalankan video tersebut maka efek transisi jujukan
sudah terbentuk. Kaedah ini membolehkan efek transisi jujukan berlaku secara
automatik membentuk fade transition. Fade Transition adalah transisi
berwarna gelap sahaja dan ia mungkin kurang menarik.

           Rajah 4.8: Klip video yang ditindan untuk menghasilkan transisi
Langkah-langkah menghasilkan transisi
1. Klik File > Import Files
2. Import fail video yang dikehendaki ke Project Files.
3. Klik dan seret fail video pertama ke dalam trek 1.
4. Klik dan seret fail video kedua masuk ke dalam trek 1 dan tindan di

       bahagian hujung klip video pertama.

                                                                                                                          341
   347   348   349   350   351   352   353   354   355   356   357