Page 354 - MODUL PEMBELAJARAN MPV PRODUKSI MULTIMEDIA T4
P. 354
5.3.6 KESAN KHAS VIDEO
Dalam perisian OpenShot terdapat pelbagai ciri-ciri tambahan dalam klip
video yang boleh diubahsuai dan diselaraskan. Anda juga boleh
memasukkan kesan khas terus ke klip video.
Setiap kesan khas diwakili dengan ikon yang menggambarkan bentuk
kesan khas. Setelah klik ikon kesan khas anda boleh melakukan perubahan
pada tetingkap properties.
Anda akan memasukkan kesan khas pada klip video Amalan Terbaik di
Kantin.mp4.
Langkah-langkah memasukkan kesan khas.
1. Import klip video Amalan Terbaik Murid di Kantin.mp4 ke dalam Project
Files dan seret klip video ke dalam timeline.
2. Aktifkan tab Effect.
Terdapat pelbagai kesan khas yang boleh anda masukkan ke dalam klip
video. Contohnya Bars, Blur, Crop dan Color Shift.
343

