Page 87 - MODUL PEMBELAJARAN MPV PRODUKSI MULTIMEDIA T4
P. 87
Ringkasnya, semakin tinggi resolusi warna pada sesebuah imej, semakin besar
julat warna yang mampu digunakan bagi mewakili imej yang ingin
dipersembahkan. Ini seterusnya membolehkan imej yang lebih menarik dan
realistik diperoleh.
3.1.4 MOD WARNA
Mod atau model warna merujuk kepada satu sistem asas yang digunakan
bagi menghasilkan pelbagai jenis warna.
Dalam bidang grafik digital, terdapat beberapa tiga mod warna yang
biasa digunakan iaitu mod warna RGB (Red, Green, Blue), mod warna CYMK
(Cyan, Yellow, Magenta & Black) dan Skala Kelabu (Grayscale).
Mod Warna RGB
Imej yang menggunakan mod warna RGB biasanya dihasilkan menggunakan
tiga warna primer iaitu merah, hijau dan biru. Ketiga-tiga warna primer ini
apabila dicampurkan bersama mampu menghasilkan kesemua cahaya
berwarna yang diperlukan bagi tujuan paparan pada skrin (komputer,
televisyen dan sebagainya).
Ia bermula dengan kegelapan (hitam) dan seterusnya ditambah
dengan campuran cahaya merah, hijau dan biru bagi membentuk warna-
warna yang lain. Apabila digabungkan ketiga-tiga warna utama itu pula akan
membentuk cahaya warna putih.
Mod Warna CMYK
Singkatan CMYK digunakan bagi mewakili empat warna utama iaitu Cyan,
Magenta, Yellow dan Black. CMYK digunakan untuk warna bagi tujuan
percetakan.
Mod Grayscale
Ringkasnya, mod warna grayscale sesuai digunakan untuk paparan digital
dengan tujuan imej yang hanya menggunakan warna hitam atau putih
(maklumat kecerahan). Paparan digital yang menggunakan mod warna
grayscale adalah lebih menarik berbanding Monochrome, kerana mod
warna skala kelabu mempunyai 256 variasi warna kelabu berbanding
Monochrome hanya mempunyai 2 warna sahaja.
76

