Page 89 - MODUL PEMBELAJARAN MPV PRODUKSI MULTIMEDIA T4
P. 89
3.1.5 PERISIAN DAN FORMAT FAIL GRAFIK
Perisian-perisian grafik yang khas diperlukan bagi menghasilkan kualiti kerja
grafik yang tinggi. Secara amnya perisian grafik boleh dibahagikan kepada
dua kategori:
• Perisian penyuntingan grafik
• Perisian berasaskan lukisan (ilustrasi)
Perisian dari kedua-dua kategori ini mempunyai fungsi dan peranan yang
tersendiri dan ianya sering digunakan secara bersama bagi menghasilkan
atau menyunting elemen grafik yang diperlukan.
Perisian Penyuntingan Grafik
Perisian penyuntingan grafik juga dikenali sebagai perisian imej jenis raster.
Antara peranan utama perisian penyuntingan grafik ialah:
• Menghasilkan antara muka pengguna
• Meminda atau memanipulasi imej
• Melakukan proses transformasi objek
• Menambah kesan khas pada imej
Antara perisian penyuntingan grafik yang sering digunakan adalah seperti:
• Krita
• Adobe Photoshop
• Paint.NET
• GIMP
• Irfanview
Berikut merupakan beberapa contoh hasil grafik yang diperoleh menerusi
penggunaan perisian penyuntingan grafik:
Rajah 3.3: Penghasilan teks pelbagai bentuk dan corak
78

