Page 9 - MODUL PEMBELAJARAN MPV PRODUKSI MULTIMEDIA T4
P. 9
KATA PENGANTAR
Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV) ingin
memanjatkan rasa syukur telah dapat menerbitkan Modul Pembelajaran Kurikulum
Standard Sekolah Menengah (KSSM) Mata Pelajaran Vokasional (MPV) yang telah
disediakan berasaskan kepada kandungan Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) Tingkatan 4.
Dalam menangani hala tuju pendidikan negara serta pembangunan dunia
pendidikan hari ini, BPLTV berusaha menyediakan modul pembelajaran KSSM MPV
sebagai satu dokumen yang menjadi sumber rujukan utama guru MPV yang dapat
memenuhi keperluan semasa dalam bidang pendidikan kemahiran vokasional. Modul
pembelajaran ini dibina bagi membantu murid mempelajari dan menguasai
pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan di samping melahirkan insan yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta produktif dan
bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara. Bagi merealisasikan hasrat ini,
modul pembelajaran ini juga menjadi panduan kepada guru dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan.
BPLTV amat menghargai segala daya usaha yang telah menyatukan idea untuk
menerbitkan modul ini. Setiap kejayaan dasar pendidikan dan program yang menyokong
dasar hendaklah dilaksanakan dengan kefahaman dan kerjasama yang kukuh daripada
semua pihak terutamanya warga pendidik. Semoga usaha murni ini dapat mencapai
objektif dan matlamat yang diharapkan. Besarlah harapan BPLTV agar modul ini
menjadi sumber rujukan dan panduan penting bagi menentukan garis utama hala tuju
pendidikan di Malaysia. Modul pembelajaran ini telah melalui beberapa proses
pemeringkatan kawalan mutu demi menjaga kualiti modul ini.
Akhir kata, BPLTV mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-
tinggi tahniah dan jutaan terima kasih kepada panel penulis, panel kawalan mutu,
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), pegawai
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) serta pegawai Bahagian Sumber dan
Teknologi Pendidikan (BSTP) dan juga semua pihak yang telah merealisasikan
penerbitan modul ini. Syabas kepada semua yang memberi komitmen yang tinggi
sehingga modul ini dapat dihasilkan dengan jayanya.
Sekian,
Pengarah
Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional
Kementerian Pendidikan Malaysia
vii

