Page 100 - Buku Teks ASK Tingkatan 2
P. 100
3.1.2 Perbezaan antara pemboleh ubah dan pemalar dalam segmen kod
3.1.2
Perbezaan antara pemboleh ubah dan pemalar dalam segmen kod
Pemboleh ubah
Standard Pembelajaran Pemboleh ubah ialah storan ingatan dalam komputer yang
Murid boleh: digunakan oleh atur cara. Dalam konteks pengaturcaraan komputer,
3.1.2 Membezakan pemboleh ubah digunakan untuk mewakili sesuatu data yang perlu
antara pemboleh ubah digunakan berulang kali oleh atur cara yang dibangunkan. Pengatur
dan pemalar dalam cara dapat memanipulasi data yang disimpan dalam pemboleh
segmen kod. ubah mengikut kod arahan yang dibangunkan.
Semasa penulisan kod arahan, pemboleh ubah yang
diisytiharkan akan diberi satu label yang disebut pengecam yang
sesuai dan disertakan dengan nilai. Pengecam suatu pemboleh
ubah perlu dilabelkan dengan nama yang bersesuiaan bagi
membolehkan pengecam dapat dirujuk semula dalam kod
AKSES WEB arahan dengan mudah. Rajah 3.8 mengilustrasikan pembentukan
pemboleh ubah semasa diisytiharkan dalam segmen kod.
Layari laman sesawang
ini untuk mendapatkan Daniel
maklumat tambahan
tentang pemboleh ubah. Pemboleh ubah
nama
Rajah 3.8 Pembentukan pemboleh ubah semasa
goo.gl/YTnEja diisytiharkan dalam segmen kod
Pengecam ‘nama’ digunakan sebagai pemboleh ubah yang
diisytiharkan dan nilai yang diberi ialah ‘Daniel’. Pengecam
yang diberikan kepada pemboleh ubah boleh diubah apabila
perlu dalam kod arahan.
Semasa pengisytiharan pemboleh ubah, ruang ingatan dalam
komputer ditempah berdasarkan jenis data yang diberi kepada
pemboleh ubah. Pentafsir akan memperuntukkan tempat dan
menetapkan saiz ingatan yang boleh digunakan dalam ingatan
komputer yang telah dikhaskan.
Adakalanya pemboleh ubah yang sukar
BAB 3
dikenal pasti digunakan bagi mengelakkan
segmen kod mudah dibaca oleh penggodam.
90