Page 97 - Buku Teks ASK Tingkatan 2
P. 97
Penerangan:
Simbol = memberi maksud sama dengan. Oleh itu, x = 13 bermaksud nilai 13 diberi
kepada x.
Simbol > memberi maksud lebih besar. Oleh itu, x > 3 bermaksud x lebih besar
daripada 3. Pernyataan ini adalah benar, maka True dipaparkan.
Simbol < memberi maksud lebih kecil. Oleh itu, x < 0 bermaksud x lebih kecil daripada
0. Pernyataan ini adalah palsu, maka False dipaparkan.
Aktiviti 3.2
Aktiviti
Kumpulan
Mengelaskan jenis data.
1. Pernyataan berikut menunjukkan data-data untuk profil seorang murid.
Nama: Nurul Aini
Kelas: 2 Aman
Jumlah subjek: 8
Purata markah: 75.8
Adakah purata markah lulus? Ya
2. Bincang bersama-sama ahli kumpulan anda tentang jenis data yang sesuai untuk data-data
di atas.
3. Selain contoh profil murid di atas, berikan dua contoh lain yang serupa dengannya dan
ulangi langkah 2.
4. Susunkan hasil perbincangan kumpulan anda dalam bentuk lembaran grafik yang kemas.
Dengan adanya fungsi True dan
False dalam sesuatu segmen kod,
perbandingan dalam satu ungkapan
persamaan dapat dilihat dengan mudah.
>>> × = 2
>>> 1 < × < 3
True
>>> 10 < × < 20 BAB 3
False
>>> 3 > × <= 2
True
87