Page 106 - Buku Teks ASK Tingkatan 2
P. 106
Jadual 3.5 Fungsi input dalam beberapa bahasa pengaturcaraan
Bahasa
pengaturcaraan Sintaks umum Format segmen kod Contoh
cin >> nama_ int umur;
C++ cin >>
pemboleh_ubah; cin >> umur;
scanf (nama_ int umur;
C scanf( )
pemboleh_ubah); scanf (umur);
Scanner nama Scanner umur = new
Java System.in pemboleh ubah = Scanner(System.in);
objek (System.in);
input (nama_
Python input ( ) >>> umur = input (“Umur: ”)
pemboleh_ubah)
Scratch
Contoh 3.14 Penggunaan fungsi input dalam bahasa pengaturcaraan Python.
Fungsi input diaktifkan
Apabila sintaks input ( ) dibaca, atur cara akan menunggu input daripada pengguna.
Fungsi output
Fungsi output merujuk kepada maklumat yang dipaparkan pada skrin komputer. Maklumat
yang dipaparkan ialah hasil daripada proses yang dilakukan oleh segmen kod ataupun data
BAB 3
yang dimasukkan oleh pengguna melalui fungsi input. Fungsi output akan diaktifkan oleh
sintaks umum mengikut bahasa pengaturcaraan yang digunakan.
Monitor ialah peranti output yang biasa digunakan. Maklumat yang dipaparkan pada
skrin monitor ialah maklumat dalam bentuk mesej ataupun hasil daripada proses yang
dilakukan oleh segmen kod. Jadual 3.6 menunjukkan sintaks umum bagi fungsi output untuk
beberapa bahasa pengaturcaraan.
96