Page 110 - Buku Teks ASK Tingkatan 2
P. 110

Contoh 3.17       Pembelian minuman ringan menggunakan mesin layan diri.


           Aini diminta membangunkan segmen kod yang membolehkan mesin layan diri menerima
           wang  kertas RM1,  RM2  dan RM5  sahaja.  Harga kesemua  minuman  ringan  yang dijual
           adalah RM2. Jika wang kertas RM1 diterima, mesej “Wang anda tidak mencukupi…”
           akan dipaparkan. Jika wang kertas RM2 diterima, mesej “Terima kasih” akan dipaparkan.
           Jika wang kertas RM5 diterima, mesej “Sila tunggu, baki wang anda akan dikembalikan…”
           akan dipaparkan.
































               Adakalanya, atur cara perlu menjalankan sesuatu operasi matematik yang lebih kompleks
           untuk menentukan nilai baki, hasil bahagi dan kuasa sesuatu nombor. Maka, operator-operator
           tambahan bagi matematik seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.9 diperlukan.
                                Jadual 3.9  Operator-operator tambahan bagi matematik

                           Nama                                                  Contoh
             Operator                           Penerangan
                          operator                                          a = 10 dan b = 2
                                     Operan kiri dibahagi dengan        Contoh 1: a % b = 0
                %        Modulus     operan kanan. Baki pembahagian     Contoh 2: 11 % 2 = 1
                                     dipaparkan.
   BAB 3
                                     Operan kiri dikuasakan mengikut    Contoh 1: a ** b = 10
                                                                                            2
                **       Eksponen
                                     nilai operan kanan.                Contoh 2: 11 ** 2 = 11 2
                                     Operan kiri dibahagi dengan
                         Floor                                          Contoh 1: a // b = 5
                 //                  operan kanan. Hasil pembahagian
                         Division                                       Contoh 2: 11 // 2 = 5
                                     tanpa nilai baki dipaparkan.



        100
   105   106   107   108   109   110   111   112   113   114   115