Page 125 - Buku Teks ASK Tingkatan 2
P. 125

3.1.5   Menggunakan gabungan jenis data, pemboleh ubah, pemalar dan operator
             3.1.5   Menggunakan gabungan jenis data, pemboleh ubah, pemalar dan operator
                   untuk menyelesaikan masalah
                   untuk menyelesaikan masalah

             Kebanyakan aplikasi yang sedia ada menggunakan gabungan
             daripada beberapa jenis data yang berlainan. Ini bermaksud     Standard Pembelajaran
             segmen-segmen kod yang dibangunkan terdiri daripada pelbagai    Murid boleh:
             jenis data. Gabungan beberapa jenis data diperlukan mengikut    3.1.5  Menyelesaikan
             keperluan dan kegunaan aplikasi yang ingin dibangunkan. Jadual   masalah yang melibatkan
             3.10 menunjukkan beberapa jenis data yang digunakan dalam       gabungan jenis data,
             pembangunan aplikasi yang bermula daripada segmen kod.          pemboleh ubah, pemalar
                                                                             dan operator dalam
                                                                             segmen kod.


                             Jadual 3.10  Contoh aplikasi dan penggunaan gabungan jenis data

                   Contoh aplikasi          Penggunaan jenis data    Contoh penggunaan jenis data

                                          Integer                   Kedudukan pemenang
              Permainan perlumbaan
              kereta                      Double atau float         Perkiraan masa
                                          Pemboleh ubah             Nama pemain

                                          Double atau float         Ukuran badan atau baju
              Simulasi fesyen pakaian     Pemalar                   Ukuran aksesori fesyen

                                          Pemboleh ubah             Nama pakaian

                                          Integer                   Umur
              E-mel
                                          Pemboleh ubah             Nama



             Contoh 3.21        Penyelesaian masalah dengan menggunakan gabungan jenis data,
                              pemboleh ubah, pemalar dan operator.


             Langkah 1: Pernyataan masalah
             Aini seorang usahawan pakaian tradisional Melayu. Dia ingin memudahkan pengguna laman          BAB 3
             sesawangnya dalam membuat pemilihan saiz pakaian berdasarkan ukuran badan yang
             dimasukkan oleh pengguna. Anda diminta membangunkan satu segmen kod yang berfungsi
             untuk menerima input bacaan ukuran bagi penentuan pakaian saiz S. Ukuran yang perlu
             dimasukkan oleh pengguna ialah lebar bahu, lingkar dada, lingkar pinggang, lingkar pinggul
             dan panjang lengan. Segmen kod perlu menerima input daripada pengguna dan menyemak
             sama ada ukuran yang diberi menepati ukuran dalam jadual yang berikut.





                                                                                                  115
   120   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130