Page 129 - Buku Teks ASK Tingkatan 2
P. 129

Praktis 3.1



             1.  Jadual di bawah menunjukkan pengiraan markah bagi murid-murid Tingkatan 2.


                  Bil               Nama                 Kelas    Peratusan markah (%)      Gred

                   1   Azril bin Mohammad                 2B               68.8              C

                   2   Abdullah Ihsan bin Zainudin        2B                45                E

                   3   Anathrah binti Ahmed               2B               77.5              B

                   4   Anuratha a/p N.Ganesan             2B                60               C

                   5   Atheera binti Mazli                2B                85               A

                   6   Balbir Kaur a/p Ajeet Singh        2B               96.3              A

                   7   Chew Suan Ying                     2B               47.5               E

                   8   Chong Chiu Cheik                   2B               86.3              A

                   9   Farah Rafieza binti Saripan        2B                70               B

                  10   Fatimah binti Khalil               2B               53.8              D

                  11   Fazleen binti Md Rusli             2B               88.8              A

                  12   Foo Wei Hung                       2B                75               B

                Berdasarkan jadual di atas, isytiharkan empat pemboleh ubah bagi situasi pengiraan
                markah murid-murid yang ditunjukkan di atas.

             2.  Senaraikan tiga perbezaan bagi pemboleh ubah dan pemalar.


             3.  Kelas anda diberikan tugasan membina sebuah replika bagi “Majlis Pelancaran Bijak
                Menabung.” Setelah melakukan perbincangan, keputusan telah diperoleh dengan                 BAB 3
                membuat tabung berbentuk sfera yang dinamakan “Sfera Magnet Duit.” Sfera tersebut
                perlu dimasukkan ke dalam sebuah kotak semasa majlis pelancaran. Ukuran kotak
                adalah 75 cm panjang, 85 cm lebar dan 95 cm tinggi. Anda bersama-sama pasukan anda
                perlu membangunkan segmen kod dengan menggunakan jenis data yang bersesuaian
                dan mampu menerima input serta memaparkan isi padu sfera yang terbabit. Bundarkan
                jawapan anda kepada dua tempat perpuluhan.





                                                                                                  119
   124   125   126   127   128   129   130   131   132   133   134