Page 138 - Buku Teks ASK Tingkatan 2
P. 138

Contoh 3.25       Penyelesaian masalah menggunakan struktur kawalan pilihan.


           Demi menjaga kesihatan dan mengatasi masalah obesiti dalam kalangan warga sekolah,
           anda diminta membangunkan satu atur cara yang akan memaparkan cadangan jumlah
           kalori  yang dibenarkan  untuk  sehari  berdasarkan  jantina dan  umur  pengguna. Atur cara
           perlu mengikut jadual cadangan pengambilan kalori yang berikut.

                              Lelaki                                  Perempuan
               13 – 15 tahun           2690 kcal          13 – 15 tahun           2180 kcal

               16 – 18 tahun           2840 kcal          16 – 18 tahun           2050 kcal
               19 – 29 tahun           2440 kcal          19 – 29 tahun           2000 kcal
               30 – 59 tahun           2460 kcal          30 – 59 tahun           2180 kcal

            60 tahun dan ke atas       2010 kcal       60 tahun dan ke atas       1780 kcal


           Langkah 1: Pernyataan masalah
           1.  Mengenal pasti input yang diperlukan, iaitu jantina dan umur pengguna.

           2.  Mengenal pasti proses dan struktur kawalan yang terlibat, iaitu struktur kawalan
               dwipilihan dan pelbagai pilihan.

           3.  Mengenal pasti output yang diperlukan, iaitu cadangan jumlah pengambilan kalori
               untuk sehari.

           Langkah 2: Menulis algoritma bagi penyelesaian masalah




                   1.  Pengguna diminta memasukkan jantina.
                      Jika lelaki, langkau ke Langkah 2.
                      Jika perempuan, langkau ke Langkah 3.
                   2.  Pengguna diminta memasukkan umur.
                      Jika umur >= 60, paparkan “Nilai kalori yang dibenarkan ialah 2010”.
                      Jika umur >= 30, paparkan “Nilai kalori yang dibenarkan ialah 2460”.
                      Jika umur >= 19, paparkan “Nilai kalori yang dibenarkan ialah 2440”.
                      Jika umur >= 16, paparkan “Nilai kalori yang dibenarkan ialah 2840”.
                      Jika umur >= 13, paparkan “Nilai kalori yang dibenarkan ialah 2690”.
                   3.  Pengguna diminta memasukkan umur.
  BAB 3
                      Jika umur >= 60, paparkan “Nilai kalori yang dibenarkan ialah 1780”.
                      Jika umur >= 30, paparkan “Nilai kalori yang dibenarkan ialah 2180”.
                      Jika umur >= 19, paparkan “Nilai kalori yang dibenarkan ialah 2000”.
                      Jika umur >= 16, paparkan “Nilai kalori yang dibenarkan ialah 2050”.
                      Jika umur >= 13, paparkan “Nilai kalori yang dibenarkan ialah 2180”.




        128
   133   134   135   136   137   138   139   140   141   142   143