Page 134 - Buku Teks ASK Tingkatan 2
P. 134
Contoh 3.24 Penyelesaian masalah menggunakan struktur kawalan jujukan.
Jessica ingin membina satu atur cara yang mengira luas bagi segi tiga. Dalam langkah
penyiasatan, Jessica perlu memikirkan input yang dikehendaki dan proses yang terlibat. Input
yang dikehendaki ialah ukuran panjang tapak dan tinggi segi tiga. Rumus bagi mengira luas
1
segi tiga ialah × panjang tapak × tinggi.
2
Langkah 1: Pernyataan masalah
1. Mengenal pasti input yang diperlukan, iaitu panjang tapak dan tinggi dalam unit sentimeter.
2. Mengenal pasti proses dan struktur kawalan yang terlibat, iaitu struktur kawalan jujukan.
3. Mengenal pasti output yang diperlukan, iaitu luas segi tiga yang dikira.
Langkah 2: Menulis algoritma bagi penyelesaian masalah
1. Isytihar pemboleh ubah luas, tapak dan tinggi.
2. Masukkan ukuran panjang tapak.
3. Setkan tapak kepada input yang dimasukkan.
4. Masukkan ukuran tinggi.
5. Setkan tinggi kepada input yang dimasukkan.
1
6. Kira luas = × panjang tapak × tinggi.
2
7. Paparkan jawapan.
8. Tamat
Langkah 3: Melukis carta alir
MULA
Isytihar pemboleh ubah luas, tapak dan tinggi
Paparkan mesej “Masukkan ukuran panjang tapak (cm): ”
Setkan tapak kepada input yang dimasukkan
Paparkan mesej “Masukkan ukuran tinggi (cm): ”
Setkan tinggi kepada input yang dimasukkan
BAB 3
1
Kira luas = * tapak * tinggi
2
Paparkan jawapan
TAMAT
124

