Page 154 - Buku Teks ASK Tingkatan 2
P. 154

Contoh 3.27       Penyelesaian masalah menggunakan struktur kawalan ulangan.


           Permainan interaktif dalam telefon pintar menggunakan struktur kawalan ulangan bagi
           mengawal fungsi log masuk ke aplikasi. Balqis diminta oleh guru untuk membangunkan
           atur cara yang mengawal log masuk dengan menggunakan struktur kawalan ulangan. Jika
           pengguna berjaya log masuk, atur cara akan paparkan “Selamat datang” sebanyak tiga kali.
           Langkah 1: Pernyataan masalah
           1.  Mengenal pasti input yang diperlukan, iaitu id untuk log masuk.
           2.  Mengenal pasti proses dan struktur kawalan yang terlibat untuk log masuk.
           3.  Mengenal pasti proses dan struktur kawalan yang terlibat untuk paparan “Selamat datang”
               sebanyak tiga kali.

           Langkah 2: Menulis algoritma bagi penyelesaian masalah


                   1.  Isytiharkan pemboleh ubah id dan i
                   2.  Setkan id = 123 dan i = 1
                   3.  Pengguna memasukkan id
                   4.  Setkan jawab kepada id yang dimasukkan
                   5.  while jawab != 123
                         Ulang Langkah 3
                   6.  for i <= 3
                       Paparkan “Selamat datang”




           Langkah 3: Melukis carta alir

                                        MULA

                             Setkan id = 123 dan i = 1


                               Paparkan mesej “Masukkan
                                 nombor id anda: ”


                         Setkan jawab = id yang dimasukkan



                                        jawab         Ya
                                       != 123?
   BAB 3
                                   Tidak

                                                     Ya
                                       i <= 3?             i = i + 1

                                   Tidak
                                                            Paparkan
                                        TAMAT          “Selamat datang”

        144
   149   150   151   152   153   154   155   156   157   158   159