Page 153 - Buku Teks ASK Tingkatan 2
P. 153

Struktur kawalan ulangan dalam penyelesaian masalah




                      Struktur kawalan ulangan dalam penyelesaian masalah
                      Struktur kawalan ulangan dalam penyelesaian masalah


             3.2.1 (iv)
             3.2.1 (iv)
             3.2.1 (iv)   Struktur kawalan ulangan dalam penyelesaian masalah
             3.2.1 (iv)
             Struktur kawalan ulangan membolehkan pengatur cara mengarah
             komputer untuk melaksanakan langkah-langkah tertentu secara    Standard Pembelajaran
             berulang kali. Struktur kawalan ulangan adalah penting supaya
             kod yang ditulis tidak perlu panjang dan memakan ruang. Selain   Murid boleh:
             itu, penambahbaikan kepada kod struktur kawalan ulangan         3.2.1  Menghasilkan atur
             adalah lebih mudah berbanding dengan kod atur cara yang         cara yang melibatkan:
             tidak menggunakan gelung.                                        (iv)  struktur kawalan
                                                                                  ulangan dalam
                Semasa mengekodkan struktur kawalan ulangan, biasanya             penyelesaian
             pengatur cara perlu menggunakan sintaks pemboleh ubah yang           masalah.
             cekap untuk bertindak sebagai pembilang, terutamanya untuk
             struktur yang dikawal dengan bilangan.
                Struktur kawalan ulangan boleh menerima arahan input
                                                                                  IMBAS KEMBALI
             untuk melakukan operasi matematik seperti penambahan dua             IMBAS KEMBALI
             senarai nombor, mengira purata beberapa nombor dan pelbagai
             operasi olahan nombor yang lain.                               Struktur kawalan ulangan
                                                                            telah dipelajari dalam
                Bahagian kod yang mengandungi syarat dan langkah-langkah    Bab 2 Algoritma.
             untuk berulang disebut gelung (loop). Manakala, setiap pusingan
             ulangan yang dilaksanakan disebut lelaran (iteration). Dua jenis
             struktur kawalan ulangan yang sering digunakan ialah struktur
             kawalan UNTUK (for) dan struktur kawalan SELAGI (while).


                                                                            Struktur kawalan ulangan
                                                                            membolehkan sesuatu
                          STRUKTUR KAWALAN ULANGAN                          segmen kod yang panjang
                                                                            dapat diringkaskan.


                       Gelung for                   Gelung while

               • Dikawal dengan bilangan      • Dikawal dengan keadaan
                 lelaran yang diketahui         dan bilangan lelaran
                                                yang tidak diketahui




                       Rajah 3.14  Pengelasan struktur kawalan ulangan
                Struktur kawalan UNTUK dan struktur kawalan SELAGI                                          BAB 3
             sesuai digunakan sebagai struktur kawalan praujian (pretest)
             yang  akan  menguji  syarat  sebelum  melaksanakan  lelaran.
             Penyelesaian masalah dengan menggunakan struktur kawalan
             UNTUK dan struktur kawalan SELAGI akan diterangkan dengan
             menggunakan bahasa pengaturcaraan Python.






                                                                                                  143
   148   149   150   151   152   153   154   155   156   157   158