Page 199 - Buku Teks ASK Tingkatan 2
P. 199

GLOSARI
             GLOSARI




             Aksara             Terdiri daripada abjad, digit nombor atau simbol khas seperti titik
                                perpuluhan atau tanda koma.
             Algoritma          Satu set langkah atau tindakan untuk menyelesaikan masalah.
             Atur cara          Satu set kod arahan yang ditulis dalam bahasa pengaturcaraan bagi
                                mengarah komputer untuk menyelesaikan masalah.
             Bahasa mesin       Bahasa asas yang difahami oleh komputer dan dinamakan juga sebagai
                                kod mesin.
             Boolean            Jenis data yang mempunyai hanya dua nilai logik, iaitu “True” dan “False”.
             Char               Jenis data yang digunakan untuk mengisytiharkan aksara (character).
             Double             Jenis data yang digunakan untuk mengisytiharkan nombor yang bertitik
                                perpuluhan.
             Float              Jenis data dalam pengaturcaraan Python yang digunakan untuk
                                mengisytiharkan nombor yang bertitik perpuluhan.
             Gelung (Loop)      Bahagian kod yang perlu berulang dalam struktur kawalan ulangan.
             Gelung tak terhingga Struktur kawalan ulangan yang mempunyai syarat sentiasa benar
                                menyebabkan atur cara berulang tanpa henti.
             Input              Data yang dimasukkan ke dalam komputer.
             Integer            Jenis data yang digunakan untuk mengisytiharkan nombor bulat yang tiada
                                titik perpuluhan yang positif atau negatif.
             Jenis data         Digunakan semasa pengisytiharan suatu pemboleh ubah untuk disimpan dan
                                digunakan semula dengan lebih berkesan.
             Kitar Hayat        Terdiri daripada fasa-fasa yang perlu dilakukan mengikut urutan bagi
             Pembangunan Atur   memastikan atur cara yang dibangunkan berjaya.
             Cara
             Kod arahan         Satu set langkah yang mengarahkan komputer melakukan sesuatu tugas.
             Kod ASCII perduaan  Sistem kod yang menggunakan nombor perduaan untuk mewakili aksara-
                                aksara dalam komputer.
             Kod ASCII perpuluhan Sistem kod yang menggunakan nombor perpuluhan untuk mewakili aksara-
                                aksara dalam komputer.
             Lelaran (Iteration)  Setiap pusingan gelung dalam suatu struktur kawalan ulangan.
             Operator logik     Operator yang digunakan dalam ungkapan algebra ringkas untuk
                                mendapatkan nilai Boolean, iaitu “Benar” atau “Palsu”.
             Operator           Operator yang digunakan untuk membandingkan nilai di sebelah kiri
             perbandingan       operator dengan nilai di sebelah kanan operator.
             Output             Data yang dipaparkan pada skrin komputer.
             Pemalar            Satu storan ingatan untuk menyimpan nilai secara tetap dan tidak akan
                                berubah dengan atur cara yang dijalankan.
             Pemboleh ubah      Satu storan ingatan dalam komputer yang digunakan oleh atur cara untuk
                                menyimpan nilai bagi kegunaan kemudian.
             Penghimpun         Sejenis penterjemah yang mengalihkan kod bahasa penghimpun kepada
                                bahasa mesin untuk melaksanakan atur cara.

                                                                                                  189
   194   195   196   197   198   199   200   201   202   203