Page 200 - Buku Teks ASK Tingkatan 2
P. 200
Pengisytiharan Satu proses yang memberi nama dan jenis data kepada satu pemboleh ubah.
Nilai kepada pemboleh ubah boleh ditetapkan oleh pengatur cara atau
dimasukkan oleh pengguna.
Pengkompil Sejenis penterjemah yang mengalihkan kod arahan kepada bahasa mesin
kemudian melaksanakan atur cara.
Pentafsir Sejenis penterjemah yang terus melaksanakan atur cara dari kod arahan
tanpa mengalihkan kepada bahasa mesin.
Penterjemah Proses mengalihkan kod arahan kepada bahasa mesin yang boleh difahami
oleh komputer.
Perwakilan data Proses yang menggunakan sistem nombor bagi mewakili aksara-aksara
dalam bentuk pernomboran untuk disimpan dalam komputer.
Pseudokod Perihalan tentang langkah-langkah dalam sesuatu algoritma dengan
menggunakan ayat-ayat yang ringkas dan mudah difahami. Biasanya ditulis
dalam bahasa tabii.
Ralat logik Ralat yang menghasilkan output yang tidak diingini.
Ralat masa larian Ralat yang berlaku semasa pelaksanaan kod.
Ralat sintaks Ralat yang berlaku disebabkan oleh kesalahan struktur atau simbol, tanda
baca, kenyataan tidak sah dan pemindahan tidak sah.
RGB Model warna yang digunakan untuk paparan alatan digital seperti komputer.
Sintaks Peraturan yang menguasai struktur sesuatu bahasa pengaturcaraan.
Sistem nombor Sistem nombor yang hanya menggunakan sepuluh digit dan enam abjad,
perenambelasan iaitu 0–9 dan A–F.
Sistem nombor Sistem nombor yang hanya menggunakan lapan pilihan digit, iaitu 0–7.
perlapanan
Skema pengekodan Sistem kod yang menggunakan nombor untuk mewakili aksara.
String Jenis data yang digunakan semasa pengisytiharan pemboleh ubah yang
nilainya terdiri daripada rentetan aksara sama ada abjad atau nombor.
Struktur kawalan Struktur kawalan yang mempunyai satu aliran yang dilaksanakan satu per
jujukan satu mengikut urutan, iaitu pelaksanaan kod secara linear.
Struktur kawalan Struktur kawalan yang mempunyai pilihan sama ada untuk melangkau atau
pilihan melaksanakan satu langkah atau satu set langkah.
Struktur kawalan Struktur kawalan yang mengarahkan komputer melaksanakan langkah-
ulangan langkah tertentu secara berulang kali.
Struktur kawalan Struktur kawalan ulangan for melakukan ulangan bagi sesuatu pernyataan
ulangan for untuk bilangan ulangan yang ditetapkan.
Struktur kawalan Dalam struktur kawalan ulangan while, pernyataan berulang dilaksanakan
ulangan while selagi syarat yang diuji adalah benar.
UNICODE Skema pengekodan 16 bit yang boleh menampung 65,536 aksara. Skema
pengekodan ini sesuai digunakan mewakili simbol tulisan seperti Jawi,
Jepun, Korea dan Cina.
190

