Page 104 - Buku Teks ASK Tingkatan 3 (KSSM)
P. 104

3.14

             Dalam Contoh 3.11, apakah yang akan berlaku sekiranya syarat pada langkah 7 dalam pseudokod
             yang telah dibaiki ditukar kepada “for i <= n”? Jelaskan.





                                 3.8                                        Aktiviti Berpasangan

            Mengesan dan Membaiki Ralat                                           Kaedah
            1.  Kaji pernyataan masalah di bawah.                                 Think-Pair-Share



               Dayang Arni ingin mencari nilai 58 dalam senarai nombor [1, 6, 10, 18, 20, 40, 58,
               67, 74, 87, 99]. Dayang Arni menulis satu pseudokod seperti di bawah.


                 1  Mula
                 2  Setkan senarai L = [1, 6, 10, 18, 20, 40, 58, 67, 74, 87, 99]
                 3  Isytihar pemboleh ubah indeksAwal, indeksAkhir, nilaiTengah
                 4  Setkan indeksAwal = 0
                 5  Setkan indeksAkhir = 10

                 6  while indeksAwal <= indeksAkhir
                    6.1 indeksTengah = (indeksAwal + indeksAkhir)//2
                    6.2 Jika nilaiTengah = nilaiCari
                         6.2.1 Papar nilaiCari
                         6.2.2 Keluar gelung
                    6.3 Jika nilaiTengah < nilaiCari
                         6.3.1 indeksAwal = indeksTengah + 1
                    6.4 Jika nilaiTengah > nilaiCari
                         6.4.1 indeksAkhir = indeksTengah – 1
                    6.5 Tamat jika
                 7  Tamat




            2.  Pseudokod yang dihasilkan oleh Dayang Arni mempunyai ralat.

            3.  Gunakan teknik semakan yang sesuai untuk mengesan dan membaiki ralat yang
                terdapat dalam pseudokod. Tuliskan hasil carian anda pada kertas.

            4.  Kumpulkan hasil carian dan kongsikan bersama-sama rakan sepasangan anda. Lakukan
                perbincangan untuk menghasilkan satu pseudokod yang telah dibaiki.

            5.  Lukiskan satu carta alir berdasarkan pseudokod yang telah dibaiki.




          94
   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109