Page 144 - Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) Tingkatan 1
P. 144

Sebarkan Maklumat  dan Perangi Tingkah Laku Seksual Berisiko



                 Lydia telah berkenalan dengan seorang lelaki
                 melalui media sosial. Lelaki tersebut meminta untuk
                 bertemu dan berkenalan dengan lebih mesra tetapi
                 ditolak oleh Lydia. Namun, lelaki itu mendesaknya
                 berkali-kali. Lydia berasa keliru dan bertemu dengan
                 Cikgu  Arifa,  kaunselor  sekolah  untuk  meminta
                 nasihat.  Berikut adalah maklumat berkaitan  risiko
                 seks sebelum nikah yang diperolehi olehnya.


                                                     Seks rambang
                                                     •   Perlakuan seks kerap bertukar pasangan penyebab
                                                        jangkitan seksual.


                                                    Menggugurkan kandungan
                                                    •   Sebab malu, cuba gugurkan kandungan. Ini boleh
                                                        menjejaskan kesihatan bayi dan diri sendiri.


                                                     Anak tidak sah taraf
                                                     •   Tidak diterima keluarga dan masyarakat.
                                                     •   Berasa rendah diri.
                 Risiko

                  Seks                              Bercanggah dengan agama dan norma masyarakat
                                                    •
                                                        Perbuatan yang keji dan hina pada
                Sebelum                                 pandangan masyarakat.
                  Nikah                              Kemerosotan pelajaran

                                                     •   Hilang tumpuan pada pelajaran dan gagal dalam
                                                        peperiksaan.
          PEERS

                                                     Hamil sebelum nikah
                                                     •   Individu belum bersedia memikul tanggungjawab.
          1

                                                     Mencemarkan maruah keluarga
                                                     •   Dipandang serong oleh masyarakat.


                                                     Mencemarkan maruah diri
                                                     •   Akan dicemuh dan disingkir masyarakat.


                        Sekiranya  anda kaunselor kepada Lydia,  apakah cara-cara  yang boleh
                        disarankan untuk menangani tingkah laku seksual berisiko?


                         2.1.4
                136
   139   140   141   142   143   144   145   146   147   148   149