Page 142 - Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) Tingkatan 1
P. 142

BULETIN











                  Kesan negatif multimedia kepada tingkah laku seksual berisiko mempengaruhi minda dan akhlak
                  remaja terutama yang menampilkan perlakuan seks bebas. Informasi seksual daripada media
                  cetak dan media elektronik membawa pengaruh yang negatif kepada tingkah laku seksual. Bahan
                  pornografi daripada majalah, VCD, DVD dan telefon pintar boleh mempengaruhi pemikiran dan
                  tingkah laku remaja.
                      Seorang perempuan yang hamil tanpa berkahwin telah melakukan perkara yang menyimpang
                  daripada  norma hidup dan agama. Perubahan  fizikal yang berlaku semasa mengandung menyebabkan
                  dia berasa malu. Dia akan menghadapi tekanan daripada keluarga, rakan dan masyarakat. Perkara
                  ini akan mengganggu pemikiran dan emosinya. Keadaan ini mungkin menyebabkan dia bertindak
                  melulu sehingga memudaratkan dirinya sendiri seperti menggugurkan kandungan, lari dari rumah atau
                  membunuh diri. Sebahagian besar kes pembuangan bayi berpunca daripada kehamilan sebelum nikah.
                      Seks sebelum nikah juga memberi kesan buruk kepada lelaki. Lelaki yang terlibat dengan seks
                  sebelum nikah mungkin akan menjadi semakin tidak terkawal lalu mengamalkan seks bebas. Lelaki
                  yang mengamalkan seks bebas akan terdedah kepada penyakit jangkitan seks seperti AIDS dan
                  sifilis. Tingkah laku ini akan merugikan negara kerana remaja adalah aset negara yang berharga.
                      Perlakuan seks sebelum nikah ialah perbuatan yang mencemarkan nama baik  keluarga dan
                  merosakkan masa depan remaja, di samping meningkatkan risiko penyakit jangkitan seks. Perlakuan
                  seks sebelum nikah tidak digalakkan kerana perbuatan ini mencerminkan tahap keruntuhan moral
                  yang serius dan dilarang oleh semua agama. Jika masalah ini dibiarkan berterusan, masa depan
                  generasi muda negara kita akan dicemari oleh perkara-perkara negatif dan di luar sifat kemanusiaan.
                  Seterusnya masalah ini akan juga merosakkan sistem institusi kekeluargaan.
                      Pengaruh negatif multimedia banyak menyumbang kepada tingkah laku seksual berisiko.
                  Justeru, remaja perlu mempunyai pegangan agama yang kuat. Hargai institusi keluarga yang
                  dimiliki, melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum untuk mengisi masa lapang  dan  mengelakkan
                  diri daripada terlibat dalam aktiviti negatif. Setiap individu remaja bertanggungjawab untuk
                  menjaga maruah demi masa depan yang sempurna.
          PEERS




          1
                              Aktiviti                               Glosari

                       Aktiviti mencari maklumat             AIDS - Acquired immune deficiency syndrome

                       •   Baca petikan di atas dan analisis   Sifilis - Penyakit kelamin disebabkan oleh
                           kesan negatif multimedia kepada                   jangkitan bakteria.
                                                             Asertif verbal - Menolak sesuatu ajakan dengan
                           tingkah laku seksual berisiko dan                        kata-kata berhemah.
                           bincangkan dalam kumpulan.        Asertif bukan verbal - Menolak sesuatu ajakan
                                                                                         menggunakan perlakuan
                                                                                                   atau isyarat dengan berhemah.


                134      2.1.1, 2.1.2, 2.1.3
   137   138   139   140   141   142   143   144   145   146   147