Page 198 - Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) Tingkatan 1
P. 198
Pada keesokan hari, Arif dan ayahnya melawat Johan di hospital.
Johan: Terima kasih, Arif dan pak cik kerana telah menyelamatkan saya.
Arif: Sama-sama, Johan. Itu sudah menjadi tanggungjawab kami untuk
memberikan bantuan.
Ayah: Johan, selepas ini pastikan ambil langkah-langkah keselamatan sebelum
terjadi kemalangan.
Johan: Baiklah, pak cik. Saya terlalu gembira sehingga tidak sedar saya mandi
sendirian. Saya juga terlupa untuk menggunakan pelampung.
Arif: Baguslah jika kamu sudah sedar, Johan.
Johan: Terima kasih, Arif dan pak cik.
Talian Kecemasan: Celik Siber
Ambulans: 999 Berpandukan pelbagai sumber di
Polis: 999 Internet, hasilkan satu buku skrap
Bomba: 999 menunjukkan prosedur D.R.A.B.C.
Pamerkan di dalam kelas.
Nadi Ilmu
Prinsip D.R.A.B.C.
• Bahaya (Danger) - Alihkan mangsa daripada bahaya dan bawa ke tempat yang
selamat.
• Reaksi (Response) - Panggil mangsa atau kejutkan masa jika dilihat tiada reaksi
daripada mangsa.
• Saluran Udara (Airways) - Dongakkan kepala dengan mengangkat dagu mangsa
bagi membuka saluran penafasan.
• Pernafasan (Breathing) - Pastikan pernafasan berlaku pada mangsa dengan
teknik melihat, merasa dan mendengar pernafasan mangsa.
• Peredaran Darah (Circulation) - Periksa denyutan nadi mangsa di bahagian arteri
Pertolongan Cemas
karotid (leher). Jika nadinya berdenyut, teruskan proses bantuan pernafasan
dengan kadar satu hembusan setiap lima saat (12 kali hembusan seminit). Jika
3
mangsa tidak bernafas, berikan bantuan pernafasan (resusitasi). Jika nadinya
berdenyut dan mangsa bernafas, pastikan kedudukannya stabil. Bantuan
pernafasan perlu dilakukan sehingga mangsa boleh bernafas semula atau
sehingga pasukan paramedik tiba.
Glosari
Arteri Karotid - Arteri utama yang membekalkan darah ke kepala dan leher.
190

