Page 56 - Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) Tingkatan 1
P. 56
Cara
Bermain
Cara
Touch Down
Bermain
Mengadang ialah asas pertahanan dalam permainan bola jaring. Tujuan
mengadang adalah untuk menghalang hantaran penerimaan dan jaringan bola.
Kedudukan pengadang yang baik dapat mengehadkan sudut hantaran, ruang dan
Cara
Bermain
kelajuan bola yang ingin dihantar oleh pihak penyerang. Semasa mengadang,
pemain perlu berada berhampiran dengan pihak lawan.
Kemahiran mengacah dan dodge merupakan pergerakan pantas dan
tangkas yang membolehkan pemain membebaskan diri daripada pengadang untuk
menerima hantaran. Kemahiran ini boleh digunakan untuk menukar arah dengan
Cara
cepat bagi mewujudkan ruang. Mari kita tingkatkan kemahiran mengadang dan
Bermain
mengacah melalui permainan “Touch Down!”.
Cara TOUCH
Bermain DOWN Saya perlu dodge
ke belakang untuk
mewujudkan ruang
yang selamat bagi
• Murid dibahagikan kepada dua kumpulan menerima bola.
kecil berenam.
• Permainan bermula di zon 2 (tengah) oleh
Kategori Serangan
pasukan penyerang A.
• Pasukan A menghantar bola melepasi zon 3
3
dan touch down di belakang garisan gol.
• Pasukan B mengadang bola daripada melepasi
zon 3 dengan menggunakan adangan dari
posisi belakang, posisi sisi, atau
posisi hadapan.
Bagaimanakah pengadang lain Saya perlu
dapat membantu rakan yang mengadang dari
sedang mengadang penyerang sisi kiri mengikut
yang memiliki bola? arah bola.
Nadi Ilmu
Touch down ialah perbuatan mendarat di atas tanah. Simpulan bahasa ini mula
diperkenalkan pada tahun 1935. Touch down juga turut digunakan dalam
permainan ragbi iaitu apabila pemain meletakkan bola di atas tanah di belakang
garisan gol. Istilah ini juga digunakan dalam permainan American Football iaitu
pemain akan mendapat 6 mata sekiranya bola dapat dibawa melepasi garisan
gol pihak lawan.
48

