Page 52 - Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) Tingkatan 1
P. 52

Watch Your Step!




                 Kemahiran gerak kaki dalam bola jaring adalah penting semasa pemain menerima
                 bola sebelum dihantar cepat kepada rakan, sebelum menjaringkan gol, atau semasa
                 mendarat  selepas  menangkap  bola  di  udara.  Gerak  kaki  yang  betul  juga  dapat
                 membolehkan pemain menukar arah dengan pantas agar dapat menghantar bola
                 dengan cepat ke rakan sebelum pihak lawan dapat mengadang dengan berkesan.
                   Gerak kaki yang melanggar undang-undang permainan boleh menyebabkan
                 satu hantaran percuma diberikan kepada pihak lawan. Kemahiran gerak kaki boleh
                 dilakukan  dengan  mendarat  menggunakan  kedua-dua  belah  kaki,  sebelah
                 kaki, atau satu setengah langkah setelah menangkap bola. Pemain digalakkan
                 melakukan pivot untuk menghala ke arah hantaran yang sesuai, di samping dapat
                     Cara
                     Bermain
                 mewujudkan lebih ruang yang selamat daripada pengadang. Tingkatkan kemahiran
                 gerak kaki anda melalui permainan ‘Watch Your Step’.



                     Cara
                     Bermain
                                                                                   Saya perlu tahu kaki
                                                                                  mana yang mendarat
                 • Murid dibahagikan kepada dua kumpulan                             dahulu semasa
                  kecil dengan sebiji bola.                                         menerima bola.
          Kategori Serangan
                 • Kumpulan menentukan siapa memulakan
                  permainan dahulu melalui lambungan
                     Cara
         3
                   duit syiling.
                     Bermain
                 • Kumpulan yang memiliki bola akan cuba
                  menghantar bola kepada rakan sambil
                  melakukan gerak kaki yang dibenarkan
                  bagi setiap hantaran dalam tempoh
                    dua minit.
                 • 1 mata diberikan bagi setiap gerak kaki yang
                     Cara
                     Bermain
                  dilakukan dengan betul dan 1 mata bonus
                  diberikan jika pemain melakukan pivot.
                                                                            Di manakah arah pusingan
                                                                             yang harus anda lakukan
                                                                                 semasa pivot?

                     Cara       TOUCH
                     Bermain
                                 DOWN
                            Glosari
                        Pivot - Pergerakan ini perlu apabila pemain yang menerima bola ingin berpusing
                                 dan bersedia untuk melakukan hantaran. Pivot boleh dilakukan dengan
                                 berpusing di atas bebola kaki untuk menjauhi pengadang.







                44
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57