Page 134 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2
P. 134

Tajuk  11



           Seni


           Foto











           Perkataan  fotografi  berasal  daripada perkataan  Greek, iaitu
           'photos ' bermaksud cahaya dan 'graphein' bermaksud melukis.
           Seni foto merupakan satu bidang dalam teknologi pendidikan
           yang menggabungkan teori, amali dan daya kreativiti seseorang
           untuk menghasilkan imej-imej fotografi yang berkualiti. Seni foto
           adalah salah satu cara berkomunikasi dalam bentuk visual. Foto
           yang diambil biasanya menggambarkan sesuatu maksud.
                 Pernahkah anda terfikir bagaimana foto boleh terhasil?
           Penciptaan kamera pinhole merupakan asas dalam bidang seni
           foto yang menunjukkan bagaimana imej pada foto terhasil. Dalam
           tajuk ini, kita akan mempelajari beberapa perkara asas tentang
           kamera  pinhole  atau kamera lubang jarum yang menjadi asas
           dalam seni foto.


































       126
   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138   139